Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyDIgital ID featured

Kerajaan Pertimbang Akta Wajib Daftar MyDigital ID

Diterbitkan Julai 21, 2025 · Dikemas kini Julai 21, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan kini sedang mempertimbangkan untuk menjadikan pendaftaran MyDigital ID sebagai satu kewajipan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, langkah ini bagi mengatasi kekangan yang berlaku memandangkan pendaftarannya ketika ini adalah bersifat sukarela.

..bagaimana untuk memastikan rakyat, lebih ramai lagi mendaftar dalam MyDigital ID ini. Jadi, kerajaan sedang melihat kemungkinan untuk kita mewujudkan, mungkin akta yang boleh menggalakkan ataupun mewajibkan rakyat untuk mendaftar MyDigital ID.

Pada masa sama, kerajaan turut melaksanakan kerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk entiti swasta bagi meningkatkan lagi penggunaan MyDigital ID di seluruh negara.

2.8 juta sudah mendaftar MyDigital ID

Dr Zaliha memaklumkan seramai 2.8 juta telah mendaftar MyDigital ID setakat suku kedua 2025, berbanding 1.8 juta pada suku pertama tahun ini.

Menurutnya, peningkatan ini selari dengan peluasan “kes penggunaan” atau use-case, seperti akses selamat ke MyJPJ, PADU, MySejahtera dan MyGov menggunakan MyDigital ID. Setakat ini, sebanyak 82 sistem aplikasi telah terlibat, meliputi sistem kerajaan dan bukan kerajaan yang sedang berfungsi, dalam pelaksanaan atau peringkat pembangunan.

Enam bank utama juga telah menamatkan ujian sandbox bersama Bank Negara Malaysia (BNM), manakala pengesahan pemilik SIM prabayar pula dijangka dimulakan pada suku ketiga 2025 melalui kerjasama antara MCMC dan syarikat telekomunikasi.

Sebagai langkah kawalan keselamatan tambahan, sijil digital MyDigital ID dihadkan kepada tempoh satu tahun, selaras dengan amalan piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan (NIST) serta nasihat kawal selia daripada BNM.

Berkaitan

  • Portal STR Kini Boleh Diakses Dengan MyDigital ID
  • Rakyat Malaysia Seawal Umur 12 Tahun Akan Didaftarkan Secara Automatik Dalam MyDigital ID
  • KDN Cadang Guna MyDigital ID Untuk Urusan Saman Trafik
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY