Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyBayar PDRM_3

MyDigital ID Kini Satu-Satunya Cara Log Masuk MyBayar PDRM Untuk Warganegara

Diterbitkan Oktober 1, 2025 · Dikemas kini Oktober 1, 2025 oleh Amalina Athman

Berkuat kuasa hari ini, 1 Oktober 2025, MyDigital menjadi satu-satunya cara untuk log masuk ke aplikasi dan portal rasmi MyBayar PDRM bagi warganegara Malaysia.

MyDigital ID Kini Satu-Satunya Cara Log Masuk MyBayar PDRM Untuk Warganegara

Ini bermakna, pengguna warganegara Malaysia tidak lagi boleh menggunakan ID dan kata laluan lama.

Bagi bukan warganegara dan syarikat, kaedah log masuk sedia ada masih boleh digunakan.

Mulai hari ini, MyDigital ID menjadi log masuk tunggal aplikasi MyBayar PDRM untuk semua warganegara.

Jom muat turun aplikasi MyDigital ID sekarang!#MyDigitalID #MyBayarPDRM #DigitalMalaysia #MudahSelamatPantas #SingleSignOn pic.twitter.com/EB597xt4rq

— MyDigital_ID (@mydigital_ID) October 1, 2025

Warganegara Malaysia digalakkan memuat turun aplikasi dan mendaftar MyDigital ID bagi memastikan akses ke platform ini berjalan lancar tanpa gangguan.

Untuk makluman, MyDigital ID merupakan infrastruktur identiti digital rasmi negara serta dibangunkan sebagai Infrastruktur Digital Awam di bawah Jabatan Perdana Menteri dan dikawal selia oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) di bawah Majlis Keselamatan Negara.

Setakat suku kedua 2025, seramai 2.8 juta pengguna telah mendaftar MyDigital ID. Selain agensi kerajaan, beberapa syarikat yang telah mengintegrasikan MyDigital ID termasuk CTOS Digital, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Honor, Tune Talk dan XOX Mobile.

Berkaitan

  • Log Masuk MyJPJ, MyBayar PDRM Nanti Hanya Guna MyDigital ID
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Daftar Kad SIM Prabayar Guna MyDigital ID Menjelang Hujung Tahun Ini
  • Kerajaan Sarankan Media Sosial Laksana eKYC Guna MyKad, Passport Atau MyDigital ID

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY