Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

PC AIO Ni Pilihan Paling Bijak Untuk PKS, Spesifikasi “Future Proof”

Posted on Oktober 14, 2025

Dalam dunia perniagaan yang semakin pantas, kejayaan sesebuah syarikat bergantung pada kecekapan, keselamatan data, dan keupayaan syarikat menyesuaikan dengan perubahan teknologi.

Malah, isu lain seperti penyelenggaraan, naik taraf dan khidmat selepas jualan juga kini menjadi perkara penting supaya operasi perniagaan dapat berjalan dengan lancar dan kos efektif yang tidak memeningkan kepala kemudiannya.

Di sinilah ASUS hadir menawarkan penyelesaian menyeluruh untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menawarkan PC desktop semua dalam satu (AIO), ASUS ExpertCenter P440.

ASUS ExpertCenter P440

Dilengkapi dengan pemproses Intel® Core™ yang dipadankan bersama jenis memori RAM DDR5 terkini dengan sokongan sehingga 64GB, serta storan pantas SSD sehingga 2TB, komputer ini direka untuk menangani tugasan berat dengan lancar.

Sama ada anda mengurus data pelanggan, menjalankan mesyuarat maya, atau menghasilkan kandungan kreatif — ExpertCenter P440 memastikan setiap tugas diselesaikan dengan pantas dan sempurna.

Ruang storan yang boleh dinaik taraf sehingga 2TB menjanjikan ketersediaan untuk simpanan data besar.

Salah satu kelebihan utama PKS menggunakan PC semua dalam satu ASUS ExpertCenter P440 ini ialah ia menjadikan ruang kerja yang kemas.

Tak perlu sambungan wayar berselirat, rangkaian internet pantas juga disambungkan menerusi perkakasan Wi-Fi 7 yang tersdia dalam ExpertCenter P440 untuk sambungan ultra laju dan stabil.

Direka bentuk kompak yang menjimatkan ruang, PC desktop semua dalam satu ini juga secara dalaman perkakasannya direka dengan reka letak kemas yang bukan sahaja memudahkan naik taraf pada masa depan, tapi juga untuk ciri penyejukkan yang menawarkan operasi senyap sepanjang masa.

Jangan bimbang, ExpertCenter P440 ini tersedia dengan pelbagai jenis port untuk sokongan pelbagai jenis peranti luar anda.

Data dijamin selamat

Keselamatan data adalah sangat kritikal kepada sesebuah organisasi.

Sebab itulah ExpertCenter P440 dilengkapi ciri keselamatan gred perniagaan seperti TPM 2.0, perlindungan BIOS, dan perisian McAfee+ Premium bagi menjamin data sulit syarikat mahupun pelanggan anda kekal selamat daripada ancaman digital.

Malah, PC ini tersedia dengan sokongan Kensington Lock. Jadi, jika berlaku sebarang insiden pecah masuk ke pejabat atau rumah, penyamun takkan dapat larikan PC ini.

Untuk lebih privasi lagi, ExpertCenter P440 dilengkapi ciri kamera fizikal yang boleh disimpan

Jaminan & sokongan

Antara isu yang paling dibimbangi pengguna biasanya selepas membeli sesebuah PC adalah khidmat selepas jualan dan jaminan.

Di sinilah ASUS terkehadapan di mana mereka menawarkan ke atas setiap pembelian ExpertCenter P440 disertakan dengan waranti selama 3 tahun.

Tidak cukup dengan itu, untuk menyenangkan lagi anda, ASUS menawarkan servis On-Site NBD (Next Business Day) di Malaysia yang boleh dilanjutkan sehingga 5 tahun.

Jadi, sekiranya anda berdepan sebarang isu dengan PC ini, ASUS akan menghantar tenaga teknikal mereka ke lokasi bagi menyelesaikan isu yang dihadapi PC anda sepanjang tempoh jaminan itu.

Pilihan bijak PKS

Apa yang dapat disimpulkan, ASUS ExpertCenter P440 bukan sekadar komputer — ia adalah pelaburan jangka panjang untuk pertumbuhan perniagaan mahupun pengguna umum.

Kecekapan operasi dapat ditingkatkan tanpa gangguan teknikal, kos yang rendah dengan keupayaan naik taraf perkakasan, menjaminkan operasi syarikat berjalan seiring dengan perkakasan terkini untuk tempoh yang lama.

ASUS ExpertCenter P440 dilengkapi paparan NanoEdge Full HD anti silau dengan kadar segar semula 100Hz memberikan visual tajam dan warna terang lengkap pembesar suara terbina yang menyokong Dolby Atmos. Sekali gus memberikan pengalaman bekerja produktif dan menyeronokkan.

Jadi, sama ada di pejabat, ruang kerja di rumah, atau bilik darjah moden, PC AIO ini boleh disesuaikan dengan pelbagai keperluan.

Tingkatkan produktiviti anda hari ini secara bijak dengan ASUS ExpertCenter P440.

Kunjungi pengedar sah ASUS seluruh Malaysia atau layari www.asus.com/my untuk maklumat lanjut.

*Artikel ini dibawakan oleh Asus Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress