Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple WWDC 24_

Bloomberg: Apple Bangunkan Produk Carian AI Mirip ChatGPT

Diterbitkan Ogos 4, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 4, 2025 oleh Amalina Athman

Apple telah membentuk pasukan baharu untuk membangunkan aplikasi mirip ChatGPT, menurut laporan Mark Gurman dari Bloomberg.

Pasukan itu, yang dilaporkan dikenali sebagai Answers, Knowledge & Information (AKI), kini sedang dalam peringkat awal pembangunan “enjin jawapan” yang boleh mencari jawapan berdasarkan maklumat dari seluruh web.

Menurut Gurman, Apple sedang meneroka kemungkinan untuk membangunkan inisiatif ‘Answers’ sebagai aplikasi tersendiri, selain mempertimbangkan integrasi fungsi carian itu ke dalam versi akan datang Siri, Spotlight dan Safari.

Setakat ini, laman kerjaya Apple memaparkan sejumlah kekosongan jawatan untuk pasukan tersebut. Beberapa iklan jawatan turut menyebut keperluan pengalaman dalam algoritma carian dan pembangunan enjin carian.

Walaupun Apple telah mengintegrasikan ChatGPT ke dalam Siri, kemas kini baharu yang lebih diperibadikan dan dikuasakan AI untuk pembantu suara itu terus mengalami penangguhan berulang kali. Apple juga mungkin perlu menyemak semula perjanjian carian dengan Google susulan keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada syarikat itu.

Berkaitan

  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar
  • Apple Mungkin 'Ketepikan' AI Sendiri - Pertimbang Guna ChatGPT Atau Claude Untuk Siri
  • 'Tamparan' Buat Apple, Eksekutif Penting AI Dilapor Sertai Meta
  • Apple Saman Jon Prosser - Didakwa Curi Maklumat Rahsia iOS 26
  • Apple Mahu Percepat Pembangunan AI, Terbuka Ambil Alih Syarikat Lain

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY