Apple telah memfailkan saman di Mahkamah Daerah Utara California terhadap YouTuber Jon Prosser, dengan dakwaan mencuri maklumat rahsia syarikat dan melanggar Akta Penipuan dan Penyalahgunaan Komputer (Computer Fraud and Abuse Act).
Bagi yang mengikuti perkembangan dunia teknologi, mungkin anda masih ingat bagaimana Prosser mula membocorkan maklumat berkaitan iOS 26 yang ketika itu dikenali sebagai iOS 19.
Dalam video pertamanya pada Januari, Prosser memperlihatkan rekaan semula aplikasi Camera yang menampilkan susun atur butang lebih ringkas untuk menukar antara mod foto dan video.
Beberapa video lain menyusul selepas itu, termasuk satu pada April yang memaparkan gambaran lebih menyeluruh tentang rekaan semula Liquid Glass, yang akhirnya diperkenalkan dalam iOS 26.
Walaupun rekaan semula aplikasi Camera yang dikongsikan Prosser tidak sama sepenuhnya dengan apa yang diumumkan Apple dalam iOS 26, konsep asasnya tepat dan sebahagian besar kandungan lain yang ditunjukkan juga hampir menyerupai versi rasmi.
Kini, Apple telah mendedahkan bagaimana Prosser mendapat akses kepada maklumat itu.
Kronologi kejadian
Dalam dokumen saman yang difailkan, Apple menghuraikan kronologi kejadian yang didakwa membawa kepada kebocoran maklumat tersebut. Ia dikatakan berpunca daripada sebuah iPhone pembangunan milik Ethan Lipnik, seorang kakitangan Apple dan rakan kepada Michael Ramacciotti.
Menurut Apple, Ramacciotti menggunakan penjejak lokasi untuk mengetahui bila Lipnik tiada di rumah untuk tempoh yang lama. Dia turut mendapatkan kod laluan dan mengakses iPhone pembangunan milik Lipnik, yang menurut Apple tidak dikunci dengan betul seperti yang ditetapkan dalam dasar keselamatan syarikat.
Apple mendakwa Ramacciotti telah mengakses iPhone pembangunan milik Lipnik dan membuat panggilan FaceTime kepada Prosser, memaparkan sistem iOS 26 yang sedang berjalan pada peranti tersebut.
Prosser kemudian merakam panggilan itu menggunakan alat tangkapan skrin, sebelum berkongsi video tersebut dengan individu lain dan menggunakannya sebagai rujukan untuk menghasilkan rekaan semula iOS 26 dalam videonya.
Prosser dilaporkan menawarkan bayaran kepada Ramacciotti sebagai ganjaran kerana membantu mendapatkan akses kepada iPhone pembangunan itu.
Menurut Apple, telefon milik Lipnik mengandungi “jumlah besar maklumat rahsia syarikat yang belum didedahkan kepada umum”, dan sehingga kini, syarikat itu tidak pasti sejauh mana maklumat tersebut berada dalam simpanan Prosser dan Ramacciotti.
Apple telah pun memberhentikan Lipnik kerana gagal mematuhi dasar syarikat yang bertujuan melindungi maklumat sulit, termasuk peranti pembangunan serta perisian dan ciri yang belum dilancarkan.
Tuntutan Apple
Bagi melindungi rahsia dagangan syarikat, Apple telah memfailkan saman itu untuk memohon injunksi mahkamah bagi menghalang sebarang pendedahan lanjut maklumat rahsia tersebut. Apple juga menuntut ganti rugi atas dakwaan pencurian dan penyalahgunaan maklumat berkenaan.
Respons Jon Prosser
Di platform X, Prosser menafikan versi kejadian yang dikemukakan oleh Apple dan secara ringkas berkongsi bagaimana dia memperoleh antara muka iOS 26.
For the record: This is not how the situation played out on my end. Luckily have receipts for that.
I did not “plot” to access anyone’s phone. I did not have any passwords. I was unaware of how the information was obtained.
Looking forward to speaking with Apple on this. https://t.co/NSUlJPMbld
— jon prosser (@jon_prosser) July 18, 2025
— jon prosser (@jon_prosser) July 18, 2025
{suggest}
Sumber: MacRumors