Bila sebut pasal telefon HUAWEI, masih ramai yang fikir satu benda – boleh guna Google ke? Soalan ni tak pelik, tapi dalam tahun 2025, ia sebenarnya dah tak begitu relevan.
Masih ramai yang sangka telefon HUAWEI dah tak boleh akses Gmail, YouTube atau Google Maps langsung. Tapi selepas cuba sendiri selama seminggu, ternyata realiti sebenarnya jauh berbeza daripada persepsi ramai.
Cabaran Seminggu Guna Telefon Tanpa Google Play
Sebagai percubaan, satu telefon HUAWEI digunakan sepenuhnya selama seminggu. Tiada Google Play Store secara langsung.
Tujuannya mudah, sekadar nak tahu sama ada Gmail, Maps, YouTube dan aplikasi harian lain masih boleh digunakan. Jawapannya? Bukan sahaja boleh digunakan, malah pengalaman penggunaan terasa lebih stabil daripada jangkaan.
Semua Aplikasi Penting Masih Boleh Digunakan
Dengan hanya AppGallery dan bantuan satu dua alat tambahan yang sah dan selamat, Gmail boleh dibuka seperti biasa.
Google Maps berfungsi untuk pandu arah. YouTube dan Netflix dimainkan tanpa masalah. Aplikasi seperti WhatsApp, Facebook dan TikTok pun boleh dimuat turun secara terus.
Apa yang penting, semua ini dilakukan tanpa mod, ‘root’ atau teknik ‘jalan belakang’ yang rumit. Sekadar pasang, log masuk, dan terus guna.
Kalau Masih Ragu, Ini Cara Paling Mudah Nak Cuba Sendiri
Bagi yang masih kurang yakin, langkah untuk mencuba sendiri sebenarnya sangat mudah:
- Buka AppGallery di telefon HUAWEI.
- Cari aplikasi seperti YouTube.
- Tekan butang “Install”.
- Akan muncul ‘pop up’ untuk pasang micro, tekan butang “Install” dan kemudian log masuk akaun Google (sekali sahaja).
Tapi tak jumpa aplikasi kegemaran anda? Ini Solusinya
Ada sesetengah aplikasi mungkin belum tersedia secara terus dalam AppGallery, contohnya Netflix. Tapi itu bukanlah penghalang.
HUAWEI ada satu pilihan tambahan iaitu melalui GBox. Ia berfungsi sebagai ‘pintu masuk’ selamat ke Google Play Store dan boleh digunakan seperti aplikasi biasa. Caranya:
- Buka AppGallery dan cari “GBox”.
- Tekan butang “Install”.
- Buka dan klik “Agree”.
- Kemudian, tekan “Google Play Store” dan “Allow”.
- Log masuk (sekali sahaja) ke Google Play menggunakan akaun Google anda.
- Setelah selesai, dah boleh pasang “Netflix” atau mana-mana aplikasi lain yang tersedia melalui Google Play tersebut.
Kalau ada versi terbaru aplikasi yang dipasang dari GBox, pengguna akan terima notifikasi untuk kemas kini. Atau lagi mudah, kalau nampak “red dot” pada ikon aplikasi, maknanya ada kemas kini terbaru – cuma perlu masuk ke Gbox dan lihat pada butang “refresh”, kemas kini aplikasi yang berkaitan.
Dari segi privasi, tak perlu risau. Gbox tidak mengumpul data peribadi, serta memberikan pengalaman yang lancar dan mesra pengguna.
Kelebihan Tersembunyi Tak Disangka
Sepanjang tempoh seminggu, penggunaan terasa seperti biasa. Tiada isu besar dalam log masuk, pemasangan atau penggunaan harian.
Waktu ‘explore’ AppGallery, saya perasan ia dilengkapi ciri keselamatan terbina, iaitu AppGallery Guard. Jadi, pengguna pun akan rasa lebih yakin nak pasang aplikasi sebab ada sistem ‘multi-layer’ untuk pastikan aplikasi selamat dan stabil.
Dan kalau ada sebarang isu, rupanya ada hotline khas HUAWEI yang boleh bantu. Tak kisahlah sama ada tentang AppGallery, peranti atau fungsi lain, boleh hubungi 1800 22 0086.
Guna Google Di Peranti HUAWEI Bukan Lagi Masalah
Kebimbangan tentang telefon HUAWEI yang ‘kononnya’ tidak boleh menggunakan aplikasi Google atau susah nak pasang sebenarnya sudah tidak berasas.
Bagi yang masih ragu, jawapan paling mudah adalah cuba sendiri. Bila dah guna, baru tahu tidak serumit yang disangka.
*artikel ini dibawakan oleh HUAWEI Malaysia