Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Company_2

‘Tamparan’ Buat Apple, Eksekutif Penting AI Dilapor Sertai Meta

Diterbitkan Julai 8, 2025 · Dikemas kini Julai 8, 2025 oleh Amalina Athman

Apple sekali lagi berdepan cabaran dalam usaha membangunkan teknologi kecerdasan buatan (AI) apabila salah seorang eksekutif penting dalam bahagian AI dilaporkan akan meninggalkan syarikat itu untuk menyertai Meta Platforms.

Ruoming Pang, pengurus yang mengetuai pasukan model asas Apple, kini bakal berpindah ke Meta Superintelligence Labs yang merupakan unit baharu Meta.

Buat pengetahuan, Pang merupakan antara individu penting yang bertanggungjawab dalam pembangunan model bahasa raya (LLM) di Apple sejak menyertai syarikat itu dari Alphabet Inc. pada tahun 2021.

Beliau sebelum ini mengurus pasukan yang terdiri daripada kira-kira 100 kakitangan yang membangunkan model asas bagi menyokong pelbagai ciri Apple Intelligence seperti rumusan emel, Priority Notifications dan Genmoji.

Perkembangan ini berlaku ketika syarikat teknologi gergasi seperti Meta giat ‘memburu’ pakar AI berprofil tinggi dan menawarkan pakej gaji lumayan bernilai jutaan dolar bagi menarik individu terbaik dalam perlumbaan menguasai gelombang seterusnya dalam bidang AI.

Sebelum ini, CEO OpenAI Sam Altman turut mendedahkan bahawa Meta telah menawarkan bonus sehingga $100 juta (~RM470 juta) serta gaji tahunan melebihi $100 juta kepada ramai kakitangannya sebagai usaha ‘memancing’ mereka untuk menyertai pasukan AI Meta.

Pemergian Pang dilihat sebagai satu lagi kehilangan besar buat Apple, terutama ketika syarikat itu sedang bergelut untuk mengejar pesaing seperti Meta dan Google.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Apple atau Meta berhubung perkara tersebut.

Berkaitan

  • Laporan Dedah 'Drama' Yang Berlaku Dalam Usaha Apple Bangunkan Siri Versi Baharu
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • OpenAI Dedah Meta Cuba Pikat Kakitangannya Dengan Bonus RM470 Juta
  • Meta Menang Saman, Dibenarkan Latih AI Llama Guna Buku Hak Cipta Tanpa Kebenaran
  • Apple Mungkin 'Ketepikan' AI Sendiri - Pertimbang Guna ChatGPT Atau Claude Untuk Siri

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY