Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google chrome_

Cadangan DOJ Mungkin Boleh Jadi ‘Penamat’ Untuk Google Search, Ini Sebabnya

Diterbitkan Mei 2, 2025 ยท Dikemas kini Mei 2, 2025 oleh Amalina Athman

CEO Google Sundar Pichai, dalam keterangan baru-baru ini berkata langkah ‘pemulihan’ yang dicadangkan oleh Jabatan Kehakiman AS (DOJ) secara asasnya berpotensi membawa kepada ‘penamat’ bagi Google Search.

Sebagai rujukan, DOJ sebelum ini mencadangkan Google melepaskan pemilikan pelayar Chrome, menghentikan perjanjian enjin carian seperti yang dimeterai dengan Apple dan berkongsi “bahagian kritikal” data carian dengan pesaing pada kos minimum. Ini termasuk maklumat tentang cara Google menyusun keputusan carian dan memahami pertanyaan pengguna.

Seperti dilaporkan The New York Times, Pichai menyatakan bahawa jika Google diwajibkan berkongsi datanya, syarikat itu mungkin tidak akan dapat meneruskan pelaburan dalam enjin carian.

“Gabungan semua remedi ini, pada pandangan saya, menjadikan ia tidak lagi berdaya maju untuk melabur dalam penyelidikan dan pembangunan seperti yang kami lakukan sepanjang tiga dekad lalu, untuk terus berinovasi dan membina Google Search. Saya sendiri tidak pasti bagaimana kami boleh membiayai semua inovasi yang kami lakukan, jika semuanya perlu diberikan kepada pihak lain pada kos minimum,” katanya.

Cadangan DOJ dianggap “melangkaui batas”

Pichai turut menyatakan bahawa keperluan untuk berkongsi data itu bersamaan dengan “pelucutan hak milik intelektual secara de facto” terhadap Google. Dengan akses kepada data tersebut, mana-mana syarikat boleh meniru sepenuhnya setiap komponen teknologi Google dari awal hingga akhir.

Beliau menyifatkan cadangan DOJ untuk Google berkongsi datanya sebagai sesuatu yang “luar biasa” dan “melangkaui batas”.

Dalam pada itu, Pichai turut menjelaskan Google ingin terus menjalinkan perjanjian enjin carian seperti yang dimiliki dengan Apple, namun mencadangkan agar perjanjian tersebut boleh dirunding semula setiap tahun dan tidak bersifat eksklusif.

Sebagai contoh, perjanjian Google yang akan datang untuk menambah Gemini ke dalam iPhone bersama OpenAI dijadikan contoh dasar baru dalam perjanjian perniagaan Google.

Keputusan mengenai penyelesaian ini dijangka akan dibuat pada Ogos, dan Google dijangka akan membuat rayuan. Bermakna, kes ini berkemungkinan akan berlanjutan selama bertahun-tahun lagi.

Berkaitan

  • Google Mungkin Terpaksa Jual Chrome Untuk Pecah Monopoli
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • OpenAI Berminat Beli Chrome Jika Google Dipaksa Jual
  • AI Kini Tulis Kod Untuk Microsoft, Meta Dan Google

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY