Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri APple_

Apple Mungkin ‘Ketepikan’ AI Sendiri – Pertimbang Guna ChatGPT Atau Claude Untuk Siri

Diterbitkan Julai 1, 2025 oleh Amalina Athman

Apple sedang mempertimbangkan untuk menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) daripada Anthropic atau OpenAI bagi versi baharu Siri, lapor Bloomberg.

Difahamkan, Apple telah berbincang dengan kedua-dua syarikat itu mengenai kemungkinan menggunakan model bahasa raya (LLM) mereka untuk menggerakkan Siri. Kedua-dua syarikat kini sedang melatih versi khusus model AI masing-masing supaya boleh berfungsi dengan pelayan Private Cloud Compute milik Apple.

Apple juga dilapor telah memulakan ujian awal, namun masih belum membuat keputusan muktamad sama ada akan mengetepikan terus pembangunan dalaman Siri atau tidak.

Apple hasn’t made a final decision about abandoning its models for Siri and it is concurrently running a project called LLM Siri that would power next year’s Siri overhaul with in-house AI. Still, Apple’s top executives believe using third-party models is key to a turnaround.

— Mark Gurman (@markgurman) June 30, 2025

Setakat ini, Apple mendapati model AI daripada Anthropic paling sesuai untuk Siri. Malah, Apple dan Anthropic juga sudah mula berbincang mengenai terma kewangan awal.

Bagaimanapun, Anthropic dikatakan meminta bayaran tahunan berbilion dolar yang dijangka meningkat dengan ketara setiap tahun.

Kesukaran mencapai persetujuan ini menyebabkan Apple turut mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan OpenAI atau syarikat lain sekiranya mereka memilih untuk meneruskan rancangan menggunakan model AI pihak ketiga.

Apple & LLM Siri

Untuk rekod, Apple sudah lama melatih LLM sendiri untuk digunakan dalam versi baharu Siri. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa syarikat itu masih bergelut dalam pembangunan teknologi AI untuk menjadikannya setanding pesaing.

Pada acara WWDC 2024, Apple sempat memperlihatkan pratonton beberapa ciri baharu Siri dan turut mempromosikan model iPhone 16 dengan fungsi tersebut. Namun akhirnya, Apple tidak berjaya membangunkan teknologi itu mengikut jadual seperti yang dirancang.

Mac lalu, Apple mengumumkan bahawa ciri Siri berasaskan Apple Intelligence akan ditangguhkan sehingga tahun 2026, sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna dan membawa kepada beberapa tindakan undang-undang terhadap syarikat itu.

Perlu diketahui, usaha Apple untuk membangunkan versi Siri berasaskan LLM adalah berasingan daripada ciri Siri peribadi (personalized Siri) yang bakal diperkenalkan dalam iOS 26. LLM Siri dirancang sebagai kesinambungan kepada ciri baharu dalam iOS 26, dan dijangka diperkenalkan secara rasmi bersama iOS 27 pada musim luruh 2026.

Berkaitan

  • Apple Disaman Kerana Iklan Mengelirukan, Promosi Ciri Apple Intelligence Yang Belum Tersedia
  • Laporan Dedah 'Drama' Yang Berlaku Dalam Usaha Apple Bangunkan Siri Versi Baharu
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Siri Dengan Apple Intelligence Dijangka Hadir Seawal Mac 2026

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY