Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Company_2

Apple Mahu Percepat Pembangunan AI, Terbuka Ambil Alih Syarikat Lain

Diterbitkan Ogos 1, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 1, 2025 oleh Amalina Athman

Apple terbuka untuk sebarang penggabungan dan pengambilalihan (M&A) yang mampu mempercepatkan perancangan teknologi kecerdasan (AI) syarikat itu, kata CEO Tim Cook kepada CNBC hari ini.

Menurut Cook, Apple melihat AI sebagai salah satu teknologi paling berpengaruh dalam generasi ini, dan syarikat itu kini sedang meningkatkan pelaburan dalam bidang tersebut secara besar-besaran.

Kami mengintegrasikannya (AI) merentasi peranti, platform dan seluruh syarikat kami…Kami terbuka kepada penggabungan dan pengambilalihan (M&A) yang dapat mempercepatkan perancangan kami.

Cook turut mendedahkan Apple telah mengambil alih kira-kira tujuh syarikat setakat tahun ini.

Namun begitu, Apple kini berdepan cabaran apabila beberapa anggota penting pasukan AI dilaporkan menyertai Meta dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Perkembangan itu berlaku ketika Apple masih bergelut untuk mengejar pesaing dalam pembangunan teknologi AI.

Terdapat ura-ura mengatakan Apple sedang mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan Anthropic atau OpenAI bagi membangunkan versi Siri berasaskan model bahasa raya (LLM), berbanding menggunakan teknologi AI mereka sendiri.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kerjasama rasmi yang diumumkan.

Berkaitan

  • Laporan Dedah 'Drama' Yang Berlaku Dalam Usaha Apple Bangunkan Siri Versi Baharu
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar
  • Apple Mungkin 'Ketepikan' AI Sendiri - Pertimbang Guna ChatGPT Atau Claude Untuk Siri
  • AppleCare One Untuk Siapa Sebenarnya? Ini Pendapat Saya

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY