Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
harga terkini iPhone 2026 2027

Apple Naikkan Harga iPhone Di Malaysia, iPhone Air 1TB Kini Cecah RM8,299

Diterbitkan September 10, 2026 · Dikemas kini September 10, 2026 oleh Amalina Athman

Apple kini menaikkan harga semua model iPhone terdahulu yang masih ditawarkan di Malaysia, dengan kenaikan antara RM300 hingga RM1,300 bergantung pada model dan kapasiti storan.

Berdasarkan semakan di Apple Store Malaysia, perubahan ini melibatkan iPhone Air, iPhone 17, iPhone 17e dan iPhone 16.

Kenaikan paling ketara melibatkan iPhone Air 1TB, yang kini berharga RM8,299, berbanding RM6,999 sebelum ini. Harganya meningkat sebanyak RM1,300, manakala kapasiti storan dan model lain yang terlibat menyaksikan kenaikan RM300.

Perubahan harga ini berlaku sejurus Apple memperkenalkan generasi iPhone terbaharunya, termasuk iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max dan iPhone Duo. Susulan pengumuman tersebut, Apple turut menghentikan penjualan iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max.

harga terkini iPhone Malaysia 2026 2027
Harga terkini

Pelarasan harga iPhone kali ini menjadi pusingan terbaharu selepas Apple sebelum ini menaikkan harga beberapa produk lain seperti  Mac dan iPad.

Pada Julai lalu, Tim Cook yang ketika itu masih memegang jawatan CEO Apple turut menjelaskan bahawa syarikat dengan berat hati menaikkan harga beberapa produk susulan keadaan luar biasa dalam pasaran memori. Beliau berkata harga komponen tersebut meningkat dengan ketara, selain Apple turut berdepan kekangan bekalan yang menjejaskan pengeluaran produknya.

Dengan perubahan ini, pembeli yang sedang mempertimbangkan model-model tersebut mungkin perlu menilai semula pilihan masing-masing berdasarkan harga baharu yang ditetapkan Apple.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY