Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2026-11-24 144403 1

Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer

Diterbitkan November 24, 2026 oleh ariff bukhari

Kadang-kadang ada gabungan butang yang anda tertekan atau tetapan yang dibuat tanpa anda sedar menyebabkan ikon dalam Windows Explorer anda menjadi seperti rajah di bawah.

Screenshot 2026-11-24 144403

Menghadapi masalah gambar tidak memaparkan pratonton kecil (thumbnails) dalam Windows 11 Explorer pastinya menyukarkan urusan mencari fail, terutamanya apabila melibatkan gambar yang banyak.

Jadi, untuk mengembalikan paparan pratonton gambar tersebut, ikuti langkah mudah berikut:

  • Buka File Explorer (tekan kekunci Windows + E), klik ikon tiga titik (…) pada bar menu di bahagian atas dan pilih Options.

Screenshot 2026-11-24 145620

  • Pada tetingkap Folder Options, pergi ke tab View. Di bawah bahagian Advanced settings, pastikan kotak Always show icons, never thumbnails tidak ditanda.
  • Seterusnya, tandakan pada kotak Display file icon on thumbnails dan klik butang Apply dan OK untuk menyimpan tetapan.

Screenshot 2026-11-24 150112

  • Tetapan tersebut akan mengembalikan semula paparan ikon bergambar seperti rajah di bawah yang memudahkan lagi anda melihat kandungan fail tersebut.

Screenshot 2026-11-24 150657

  • Selesai.

Semoga bermanfaat.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Cara Mengosongkan Storan Google Tanpa Kehilangan Gambar Dan Video Penting
  • Cara Aktifkan 'Emergency Contact' Pada iPhone Dan Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Pesawat Angkasa Boleh Guna Semula Generasi Baharu Bersedia Untuk Misi Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
©2026 WISER.MY