Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari

Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari

Diterbitkan November 24, 2026 oleh Amalina Athman

Maxis kini memperkenalkan Max Secure, perkhidmatan langganan keselamatan digital berasaskan AI yang dikuasakan F-Secure, bagi membantu pengguna melindungi peranti dan maklumat peribadi daripada ancaman dalam talian.

Ditawarkan kepada pelanggan Maxis Postpaid, Home Fibre dan Family Plan, perkhidmatan ini menyediakan lapisan perlindungan tambahan ketika pengguna melayari internet, termasuk daripada virus, perisian hasad (malware), laman web berbahaya dan portal perbankan palsu yang cuba mencuri maklumat peribadi serta perbankan.

Selain itu, Max Secure juga mempunyai ciri perlindungan daripada penipuan bagi membantu mengenal pasti kandungan mencurigakan, laman beli-belah palsu dan pautan pancingan data. Ia juga boleh menyekat iklan yang mengganggu serta penjejak tersembunyi.

Bagi melindungi identiti pengguna, perkhidmatan ini turut memantau kemungkinan kebocoran data dan menghantar amaran sekiranya maklumat pengguna didapati terjejas, berserta panduan mengenai langkah yang boleh diambil seterusnya.

Untuk pelan Premium, Max Secure juga hadir dengan sokongan sambungan VPN yang disulitkan.

Harga langganan

Max Secure ditawarkan dalam empat pilihan pelan, dengan harga bermula RM5/30 hari untuk pelan Basic. Bagi pelan Premium yang turut menyediakan fungsi VPN, harganya bermula RM9 untuk tiga peranti bagi tempoh yang sama.

Pelanggan baharu yang layak juga boleh menikmati percubaan percuma selama 30 hari menerusi pelan Basic 3 Peranti. Selepas tempoh percubaan berakhir, langganan akan diperbaharui secara automatik pada harga RM5/30 sekiranya pengguna tidak membatalkannya.

Maxis Max Secure_1

Dalam pada itu, Maxis turut menjelaskan ciri keselamatan rangkaian yang sedia ada dalam perkhidmatannya akan terus berfungsi seperti biasa. Max Secure pula bertindak sebagai lapisan perlindungan tambahan.

Max Secure boleh digunakan pada telefon pintar, tablet dan komputer yang menjalankan sistem operasi iOS, Android, Windows dan macOS. Namun, perlindungan virus dan malware tidak tersedia pada peranti iOS.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Maxis atau Soalan Lazim (FAQ) Max Secure.

Berkaitan

  • CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Ujian Saringan Kanser Payudara Terbesar Di Dunia Dibantu AI
  • Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Syarat Lesen Khas Untuk Penyedia Permainan Dalam Talian
  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
©2026 WISER.MY