Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026

Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026

Diterbitkan November 24, 2026 · Dikemas kini November 24, 2026 oleh ariff bukhari

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya membangunkan jentera kereta lumba elektrik (EV) hasil kepakaran mahasiswa menerusi pasukan UniMAP Automotive Racing Team (UniART).

Dikenali sebagai E-55, ia secara rasminya telah dilancarkan  oleh Dekan FKTM, Prof. Madya Ts. Dr. Noorhafiza Muhammad, bersama Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektrik (FKTE), Prof. Madya Dr. Haziah Abdul Hamid di Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Mekanikal (FKTM).

Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
Gimik perasmian diserikan dengan tindakan Dekan FKTE memasang service plug dan menghidupkan suis utama voltan tinggi serta rendah, sebelum Dekan FKTM menyerahkan stereng E-55 kepada pemandu pasukan UniART.
Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026

UniMAP menyatakan, pembangunan jentera E-55 membuktikan keupayaan mahasiswa dalam mengaplikasikan ilmu kejuruteraan kepada penghasilan teknologi sebenar, merangkumi peringkat perancangan, reka bentuk, sehinggalah persediaan teknikal.

Kejayaan ini turut dipacu oleh sinergi, bimbingan serta perkongsian kepakaran daripada warga akademia dan staf FKTM serta FKTE, sekali gus memupuk budaya pembelajaran berasaskan pengalaman mendekati realiti industri.

Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026

Kini, tumpuan pasukan UniART terarah kepada saingan Finale NxGV Challenge 2026 yang bakal berlangsung di Rawang.

Ia merupakan pertandingan kenderaan generasi akan datang peringkat kebangsaan yang merangkumi tiga kategori, Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV), Kenderaan Elektrik (EV), dan Kenderaan Tanpa Pemandu (DV), anjuran Persatuan Jurutera Automotif Malaysia (SAEM), dengan kerjasama Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Perodua.

Penyertaan berprestij ini bukan sahaja menjadi medan menguji ketahanan dan keupayaan jentera elektrik berkenaan, malah menguji kompetensi, kreativiti serta ketahanan mental mahasiswa dalam bidang kejuruteraan automotif masa hadapan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • BYD Perkenal Sistem Pengecasan EV Bersepadu Pertama Di Dunia, Gabung Solar Dan Robotik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Ujian Saringan Kanser Payudara Terbesar Di Dunia Dibantu AI
  • Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Syarat Lesen Khas Untuk Penyedia Permainan Dalam Talian
  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
©2026 WISER.MY