Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Crimson Wave HomePod Mini (1)

Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED, HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah

Diterbitkan November 24, 2026 oleh Amalina Athman

Apple dilaporkan sedang bersiap sedia untuk menghidupkan semula kerjasamanya dengan Product(RED) menerusi pilihan warna baharu bagi HomePod mini 2 dan AirPods Max 2.

Menurut laporan Bloomberg, HomePod mini 2 bakal hadir dengan kemasan fabrik jaring (mesh) berwarna merah. Sementara itu, AirPods Max 2 pula dikatakan akan menerima kemasan perak dengan kusyen telinga dan headband berwarna putih serta Digital Crown berwarna merah.

Kehadiran produk Product(RED) ini dijangka berlaku sekitar 1 Disember, bersempena Hari AIDS Sedunia dan ulang tahun ke-20 organisasi (RED).

Apple has also developed a red AirPods Wrist Strap and red Apple Watch Sport Band. https://t.co/L23fYLZzTp

— Mark Gurman (@markgurman) November 23, 2026

Untuk konteks, Apple sudah lama bekerjasama dengan Product(RED) dengan menyumbangkan sebahagian hasil jualan produk terpilih kepada dana antarabangsa bagi memerangi AIDS. Kerjasama ini sebelum ini merangkumi beberapa produk seperti iPhone dan iPod dalam pilihan warna merah.

Namun, Apple mengurangkan penglibatannya dalam program tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Syarikat itu menghentikan penawaran peranti dan aksesori Product(RED) secara berperingkat, termasuk pilihan sarung iPhone berwarna merah yang menjadi antara produk terakhir di bawah kerjasama berkenaan.

Buat masa ini, tiada pengesahan rasmi daripada Apple. Sekiranya laporan ini tepat, kemunculan semula HomePod mini 2 dan AirPods Max 2 dengan elemen Product(RED) akan menandakan kembalinya kerjasama tersebut pada barisan produk Apple selepas beberapa tahun menyepi.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Uji Aplikasi AI Kesihatan, Boleh Jawab Soalan Berdasarkan Data Pengguna

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • England Lancar Ujian Saringan Kanser Payudara Terbesar Di Dunia Dibantu AI
  • Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Syarat Lesen Khas Untuk Penyedia Permainan Dalam Talian
  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
©2026 WISER.MY