Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Gemini Apps

Apple Dilapor Pertimbang Guna Google Gemini Untuk Kuasakan Siri

Diterbitkan Ogos 25, 2025 · Dikemas kini Ogos 25, 2025 oleh Amalina Athman

Apple nampaknya terbuka dengan pelbagai pilihan dalam usaha membangunkan generasi baharu pembantu suara Siri. Selepas dikaitkan dengan OpenAI dan Anthropic, kini nama Google pula mula disebut-sebut.

Menurut laporan Mark Gurman dari Bloomberg, Apple kini dalam peringkat awal perbincangan dengan Google untuk menggunakan Gemini sebagai asas kepada versi baharu Siri.

Malah, Google dikhabarkan sudah mula melatih model tersebut supaya boleh dijalankan pada pelayan Apple.

Gurman, yang pada awalnya melaporkan bahawa Apple sedang mempertimbangkan OpenAI dan Anthropic sebagai pilihan, berkata masih belum ada keputusan dibuat. Namun, Apple sedang membandingkan model-model tersebut secara langsung dengan model miliknya sendiri.

Secara dalaman, Apple sedang menjalankan ujian perbandingan untuk melihat pendekatan mana yang paling berkesan. Pada masa sama, syarikat itu sedang membangunkan dua versi Siri baharu: satu digelar Linwood yang dikuasakan oleh modelnya sendiri, dan satu lagi dengan nama kod Glenwood yang dijalankan menggunakan teknologi luar.

Ketika ini, Gemini menjadi teras sistem AI pada peranti Android. Teknologi ini juga digunakan untuk mengaktifkan ciri AI dalam pelbagai perkhidmatan dan aplikasi, termasuk perisian pihak ketiga yang dijalankan pada Mac, iPhone dan iPad.

Sebelum ini, Anthropic yang membangunkan model AI Claude turut disebut sebagai calon utama Apple. Namun, firma AI itu dikatakan meletakkan harga yang terlalu tinggi.

Persoalannya, bolehkah Apple bergantung pada Gemini? Perjanjian Google sebagai enjin carian default di peranti Apple kini sedang disiasat pihak berkuasa berkaitan undang-undang persaingan, dan perkara ini berisiko menjejaskan kerjasama antara kedua-dua syarikat.

Dalam perkembangan berkaitan, Apple juga dilaporkan telah membentuk pasukan baharu dikenali Answers, Knowledge & Information (AKI) untuk membangunkan produk carian AI yang menyerupai ChatGPT.

Berkaitan

  • Laporan Dedah 'Drama' Yang Berlaku Dalam Usaha Apple Bangunkan Siri Versi Baharu
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Apple Mungkin 'Ketepikan' AI Sendiri - Pertimbang Guna ChatGPT Atau Claude Untuk Siri
  • Bloomberg: Apple Bangunkan Produk Carian AI Mirip ChatGPT
  • "Kami Jarang Jadi Yang Pertama", Tim Cook Pertahan Kelewatan AI Apple

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY