Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus ‘Laptop’ Percuma Anda

Posted on Jun 18, 2025Julai 8, 2025

Kerajaan Negeri Sarawak menerusi Yayasan Sarawak terus menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkasa pendidikan generasi muda anak-anak negerinya dengan melancarkan Program Bantuan Komputer Riba Percuma khusus untuk pelajar tahun pertama institusi pengajian tinggi (IPT), meliputi IPT awam dan swasta .

Program ini sekali gus memberi peluang kepada pelajar yang layak untuk memiliki komputer riba berprestasi, lengkap dengan perisian dan aksesori penting sepanjang proses pembelajaran mereka dengan semuanya secara percuma.

Setiap pelajar yang sudah pun diluluskan permohonan mereka akan menerima baucar subsidi bernilai RM3,000 yang boleh ditebus melalui aplikasi S Pay Global (Sarawak Pay).

Atau jika anda belum tahu status permohonan, anda boleh menyemaknya dengan melayari https://myys.yayasansarawak.org.my/index.php.

24 Pakej Eksklusif Untuk Dipilih

Program Bantuan Komputer Riba Percuma oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui Yayasan Sarawak ini menawarkan sebanyak 24 pakej komputer riba eksklusif yang boleh dipilih.

Komputer riba yang ditawarkan itu meliputi pelbagai jenama ternama termasuklah Apple, Acer, ASUS, HP, Lenovo dan MSI yang berprestasi dan tersedia menyokong AI.

Malah pakej-pakej itu lengkap dipra pasang dengan perisian utama Microsoft Office dan pelbagai pilihan aksesori seperti tetikus, fon kepala, beg galas serta waranti lanjutan.

Berikut adalah senarai 24 pakej yang ditawarkan.

Di Mana Nak Tebus Baucar?

Para pelajar yang sudah menerima baucar mereka boleh membuat penebusan di stor fizikal dan konsep berikut:

  • GLOO Hyperstore di Queensbay Mall, Pulau Pinang – https://g.co/kgs/4CWZfpE  
  • Kedai konsep iTworld – https://www.itworld.com.my/about-us 
  • Atau, anda boleh menebus di stor konsep terpilih milik penuh SNS Network – Acer, AMD, ASUS, HP, Intel, Lenovo, MSI dan lain-lain – https://www.sns.com.my/retail/.

Tidak hanya di stor fizikal, anda juga boleh menebus baucar tersebut secara atas talian menerusi laman sesawang rasmi;

  • GLOO – https://www.gloo.com.my/ 
  • iTworld – https://www.itworld.com.my/  
  • NB Plaza – https://www.nbplaza.com.my/content/20-my-yayasan

Pastikan Anda Guna S Pay Global

Baucar bantuan hanya boleh ditebus melalui aplikasi S Pay Global di kedai dan laman sesawang rasmi yang disenaraikan.

Pastikan anda membuat penebusan di lokasi yang sah untuk mengelakkan sebarang masalah pengesahan dengan kunjungi lokasi terlibat atau layari laman rasmi hari ini dan tebus subsidi RM3,000 anda sekarang.

Jangan lepaskan peluang sekali seumur hidup ini untuk memiliki komputer riba impian anda – percuma dan siap dengan segalanya yang anda perlukan untuk berjaya di alam universiti!

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi WhatsApp Careline Support atau e-melkan kepada [email protected].

*Artikel ini dibawakan oleh SNS Network

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress