Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google chrome_

Google Mungkin Terpaksa Jual Chrome Untuk Pecah Monopoli

Diterbitkan November 19, 2024 · Dikemas kini November 19, 2024 oleh Amalina Athman

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat memutuskan untuk meminta hakim mengarahkan Google menjual pelayar web Chrome, sebagai sebahagian daripada tindakan susulan dalam kes anti-persaingan yang sedang berlangsung, lapor Bloomberg.

Pengawal selia turut mencadangkan keperluan untuk memisahkan sistem operasi Android daripada perkhidmatan Search dan Google Play, namun tanpa mewajibkan Google menjual Android.

Seperti diketahui, Chrome merupakan pelayar web paling popular di dunia dengan margin yang luas. Pengintegrasian Chrome dengan Google Search dan produk Google yang lain telah disebut sebagai salah satu faktor yang mengehadkan persaingan dalam pasaran carian.

Bloomberg turut melaporkan bahawa pengawal selia akan mencadangkan agar Google memberikan laman web lebih banyak pilihan untuk menghalang kandungan mereka daripada digunakan oleh produk kecerdasan buatan (AI) milik syarikat itu.

Google juga mungkin dihalang daripada membuat perjanjian eksklusif, seperti kerjasama dengan Apple yang menjadikan Google sebagai enjin carian default pada pelayar Safari.

Sementara Naib Presiden Hal Ehwal Kawal Selia Google, Lee-Anne Mulholland berkata bahawa DOJ “terus mendorong agenda radikal yang melampaui isu undang-undang dalam kes ini”.

Berkaitan

  • Hakim Putuskan, Google Cipta Monopoli Haram Dalam Carian
  • 3 Ciri Baharu Pelayar Chrome Ini Akan Tiba Di Peranti Android Dan iOS
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Aplikasi Google Gemini Kini Tersedia Untuk iPhone

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY