Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tim Cook Apple Holds Event To Showcase New Release Of iPhones, Watches and AirPods

“Kami Jarang Jadi Yang Pertama”, Tim Cook Pertahan Kelewatan AI Apple

Diterbitkan Ogos 4, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 4, 2025 oleh Amalina Athman

CEO Apple Tim Cook baru-baru ini telah mengadakan perjumpaan bersama semua kakitangan dan berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha syarikat itu dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

Memetik laporan Bloomberg, Cook menyifatkan revolusi AI sebagai teknologi yang setanding atau mungkin lebih besar berbanding internet, telefon pintar, pengkomputeran awan dan aplikasi.

Apple mesti lakukan ini. Apple akan lakukan ini. Ini adalah peluang yang perlu kita rebut. Kita akan buat pelaburan untuk merealisasikannya.

Cook menekankan Apple sebelum ini berjaya menguasai beberapa pasaran utama, walaupun bukan yang pertama memperkenalkan sesuatu teknologi.

Kita jarang menjadi yang pertama. Sudah ada PC sebelum Mac, telefon pintar sebelum iPhone, banyak tablet sebelum iPad dan pemain MP3 sebelum iPod.

Dalam sesi panggilan kewangan yang diadakan sehari sebelumnya, Cook menyatakan bahawa Apple terbuka untuk membuat pengambilalihan sekiranya ia dapat mempercepatkan pembangunan teknologi AI syarikat itu.

Difahamkan, Apple telah mengadakan perbincangan dengan syarikat AI seperti Perplexity dan Mistral berhubung kemungkinan pengambilalihan itu.

Di sisi yang lain, syarikat itu juga dilaporkan telah membentuk pasukan baharu dikenali Answers, Knowledge & Information (AKI) untuk membangunkan produk carian AI yang menyerupai ChatGPT.

Berkaitan

  • Apple Mungkin 'Ketepikan' AI Sendiri - Pertimbang Guna ChatGPT Atau Claude Untuk Siri
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Apple Mahu Percepat Pembangunan AI, Terbuka Ambil Alih Syarikat Lain
  • Bloomberg: Apple Bangunkan Produk Carian AI Mirip ChatGPT

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY