Hanya kurang sebulan dari sekarang, Apple dijangka akan mengumumkan barisan iPhone 15 yang terdiri daripada iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro (atau iPhone 15 Ultra).
Menjelang pelancarannya, pelbagai spekulasi terus-menerus diperkatakan. Sebagai ringkasan, berikut disertakan beberapa perkara yang diketahui mengenai siri iPhone 15 setakat ini.
1. Bingkai Titanium
Antara spekulasi terawal mengenai iPhone 15, ia dijangka menampilkan bingkai dari jenis titanium untuk model Pro.
Sebagai antara logam terkuat di dunia, penggunaan titanium mempunyai pelbagai kelebihan, terutamanya dari segi ketahanan.
2. Dynamic Island
Apple kebiasaannya akan menawarkan ciri yang tersedia untuk model Pro kepada model asas untuk iPhone akan datang. Untuk semua model iPhone 15, Apple dijangka memuatkan ciri Dynamic Island, yang ketika ini hanya tersedia untuk model iPhone 14 Pro dan Pro Max.
3. Cip
Sama seperti sebelum ini, Apple dijangka akan meneruskan trend penawaran cip terbaharu hanya untuk model Pro.
Bagi tahun ini, cip A17 Bionic yang berasaskan teknologi 3nm TSMC bakal ditawarkan untuk model iPhone 15 Pro dan Pro Max. Manakala dua model asas berkemungkinan hadir dengan cip A16 Bionic tahun lalu atau dengan sedikit naik taraf.
4. Bezel lebih nipis
Ura-ura mengatakan iPhone 15 Pro Max akan mempunyai bezel lebih nipis dalam sejarah iPhone, iaitu dengan ketebalan 1.55mm.
5. Lensa periskop telefoto
Beberapa laporan sebelum ini menyatakan lensa periskop telefoto dengan 6x zum optikal akan tersedia khusus untuk model iPhone 15 Pro Max.
6. Butang ‘Action’
Sebelum ini, laporan mendakwa butang kuasa dan kelantangan suara akan digantikan dalam bentuk solid-state. Namun, berikutan dakwaan isu yang dihadapi, ianya telah dibatalkan dan sebaliknya dikekalkan dengan butang sedia ada.
Sementara itu, untuk suis Ring/Silent, Apple dijangka akan menggantikannya dengan butang ‘Action’, sekurang-kurangnya untuk model Pro.
Petunjuk mengenai butang itu dilaporkan terdapat dalam iOS 17 beta 7 yang dilancarkan hari ini. Selain itu, sejumlah koleksi Caviar turut mendedahkan rekaan iPhone 15 Pro dengan butang ‘Action’.
7. Port USB-C
Buat pertama kalinya, Apple dijangka akan beralih daripada port Lightning ke USB-C melalui pelancaran iPhone 15 kelak. Semua model itu dijangka akan dimuatkan dengan port USB-C, berbanding Lightning yang telah digunakan selama bertahun-tahun.
Peralihan ini sekali gus membolehkan Apple mematuhi peraturan EU, yang memerlukan semua telefon pintar yang dijual di Eropah menggunakan USB-C.
8. Pengecasan lebih pantas
Sumber 9to5Mac menyatakan sekurang-kurangnya beberapa model iPhone 15 mempunyai sokongan pengecasan sehingga 35W, berbanding 27W yang tersedia untuk model iPhone 14 Pro.
9. Kelajuan pemindahan data
Imej tertiris mendedahkan komponen dalam litar bersepadu (IC) untuk kelajuan pemindahan data Thunderbolt, yang boleh mencapai sehingga 40Gbps.
Bagaimanapun, spekulasi menjangkakan ia tidak mempunyai kelajuan penuh Thunderbolt, berkemungkinan hanya separuh seperti yang ditawarkan untuk iPad Pro.
10. Kabel Braided
Spekulasi terbaharu menyatakan iPhone 15 akan dilengkapi kabel USB-C jenis braided dengan padanan warna peranti. Sebagai tambahan, kabel ini dikatakan lebih panjang dengan 1.5 meter, berbanding 1 meter yang ditawarkan ketika ini.
Also, will use new internal layout of package for new coming woven charging cable: Because it’s harder and longer than before-it’s 1.5m#Apple #appleinternal @HartleyCharlton pic.twitter.com/5pt0p9IX2J
— Kosutami (@KosutamiSan) August 22, 2023
11. RAM & Storan
Mengenai memori, maklumat yang diperoleh adalah bercampur, yang mengatakan ia akan dilengkapi sama ada 6GB atau 8GB RAM.
Sementara itu, untuk model iPhone 15 Pro, ia dijangka akan tersedia dengan kapasiti storan bermula 256GB sehingga 2TB. Penyenaraian di laman web Caviar juga hampir mengesahkan mengenai perkara itu.
12. Ultra atau Pro Max
Walaupun pernah ‘sepi’ seketika mengenai ura-ura ini, namun khabar mengenai nama yang akan menggantikan model Pro Max kembali menjadi bualan.
Beberapa hari lepas, wartawan Apple Insider mendakwa pelbagai sumbernya memberitahu Apple akan menggunakan nama “iPhone 15 Ultra”, berbanding iPhone 15 Pro Max.
Here’s a late Friday tidbit I’ve heard for #iPhone15. Multiple sources have told me Apple will indeed use the “iPhone 15 Ultra” monicker for the plus-sized pro phone. This was an early rumor that got backpedaled. Most have since referred to it as iPhone 15 Pro Max.
— Andrew O'Hara (@Andrew_OSU) August 19, 2023
13. Warna
Untuk model iPhone 15 dan iPhone 15 Plus, laporan mendakwa terdapat sekurang-kurangnya lima pilihan warna, termasuk hitam, merah jambu, biru, kuning, dan jingga.
These are the colors that were tested on the base model iPhone 15, throughout different development stages:
– Pink / Rose Gold / Blush Gold
– Green
– Blue
– Yellow
– Orange (inconsistent mentions)
– Black / Midnight / Dark / BasaltWe should see at least some of these
— Unknownz21 ? (@URedditor) August 21, 2023
Manakala bagi iPhone 15 Pro dan Pro Max, ia dijangka hadir dengan pilihan warna Space Black, Silver, Gold, Dark Blue dan berkemungkinan warna merah pekat.
14. Harga
Mengenai harga, laporan terkini Digitimes mengatakan iPhone 15 Pro dan Pro Max sekurang-kurangnya $100 (~RM465) lebih mahal daripada pendahulunya. Harga untuk model iPhone 15 Pro dijangka bermula $1099 (~RM5113), berbanding $999 bagi iPhone 14 Pro.
Namun, dengan penawaran storan yang dijangka bermula 256GB, ia bermakna harga bagi kedua-dua model ini adalah sama seperti iPhone 14 Pro dan Pro Max dengan kapasiti storan yang sama.
15. Tarikh Pelancaran
Apple kini mengesahkan acara Wonderlust mereka pada 12 September depan yang mana 13 September jam 1 pagi waktu tempatan.
Bagi mengetahui maklumat rasmi mengenainya, nantikan pengumuman Apple tidak lama lagi.
- Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljm85f
- Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljm85k