Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
butang action iPhone 15Pro_1

Bakal Gantikan Suis ‘Silent’, Ini Mungkin Rekaan Butang ‘Action’ iPhone 15 Pro

Diterbitkan April 27, 2023 · Dikemas kini April 27, 2023 oleh Amalina Athman

Walaupun Apple dikhabarkan telah membatalkan rancangan untuk menggunakan rekaan butang solid-state pada iPhone 15 Pro, peranti itu dijangka masih akan menampilkan butang “Action” bagi menggantikan suis Ring/Silent sedia ada.

Terbaharu, 9to5Mac telah berkongsi fail CAD terkini yang menyokong perubahan itu. Ia memperlihatkan rekaan iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max dengan dua butang mekanikal kelantangan suara dan satu butang tambahan yang akan menggantikan suis Ring/Silent.

butang action iPhone 15Pro_2
iPhone 15 Pro di kiri dan iPhone 14 Pro di kanan

Sama seperti butang “Action” pada Apple Watch Ultra, spekulasi mengatakan ia akan membawa fungsi tambahan seperti mengawal mod senyap, Do Not Disturb atau menghidupkan lampu dan sebagainya.

Berkaitan

  • Suis 'Silent' iPhone 15 Pro Mungkin Diganti Dengan Butang Pelbagai Guna
  • Ini Mungkin Rupa iPhone 15, Bezel Lebih Nipis Dengan Warna Baru
  • Kuo: Belum Masanya, iPhone 15 Pro Mungkin Tidak Dilengkapi Butang 'Solid-State'

Sementara itu, seperti dikhabarkan sebelum ini, model asas iPhone 15 dan iPhone 15 Plus dijangka masih akan dikekalkan dengan suis Ring/Silent sedia ada.

Selain butang “Action”, CAD terkini itu turut mendedahkan bonggol kamera belakang pada model iPhone 15 Pro tidak akan menonjol seperti yang dijangkakan pada awalnya.

butang action iPhone 15Pro_3

Seperti biasa, Apple dijangka akan mengumumkan barisan iPhone 15 pada September kelak. Sehingga itu, pastinya lebih banyak spekulasi mengenainya akan silih berganti diperkatakan.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY