Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 15 ultra

Pembekal Beri Bayangan Ketiadaan Butang ‘Solid State’ Pada iPhone 15

Diterbitkan Mei 8, 2023 · Dikemas kini Mei 8, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Tahun lalu, ada laporan mengatakan bahawa Apple akan menggunakan butang jenis solid-state untuk pelaras kelantangan (volume) iPhone 15 Pro dan Pro Max.

Butang ini seperti butang rumah (home) pada iPhone 7 di mana ia tidak bersifat mekanikal, sebaliknya kesan yang anda rasa dijana daripada Taptic Engine di dalam iPhone.

Berkaitan

  • Sekali Lagi, iPhone 15 Pro Dikatakan Bakal Hadir Dengan Butang 'Solid-State'
  • Kuo: Belum Masanya, iPhone 15 Pro Mungkin Tidak Dilengkapi Butang 'Solid-State'

Akan tetapi, sumber yang sama juga iaitu Ming-Chi Kuo mengatakan rancangan ini tidak dapat direalisasikan atas sebab teknikal yang tidak mampu diselesaikan sebelum pengeluaran besar-besaran bermula.

Using Apple iPhone 6

Oleh itu, iPhone 15 versi Pro kelak besar kemungkinan masih akan menggunakan butang mekanikal biasa seperti iPhone hari ini.

Terkini, pembekalnya pula iaitu Cirrus Logic mengeluarkan kenyataan yang dipercayai merujuk pada perkara sama.

Pertama Kali Dalam Sejarah iPhone Bewarna Merah Diperkenalkan

Kata syarikat, produk baharu yang dijadualkan akan keluar musim luruh nanti tidak lagi dijangka akan hadir ke pasaran seperti dirancang.

“A new product that we mentioned in previous shareholder letters as being scheduled for introduction this fall is no longer expected to come to market as planned” – Cirrus Logic

Terdahulu, syarikat itu memberi bayangan mereka mendapat tender untuk pengeluaran enjin haptik untuk butang solid-state ini.

iphone se malaysia

Untuk makluman, Apple merupakan pelanggan tersebut Cirrus Logic di mana syarikat AS itu menyumbang pada 78% pendapatan Cirrus pada tahun fiskal 2022.

Sumber: Bloomberg, Ming-Chi Kuo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY