Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple event 2023

Apple Sahkan Acara Pelancaran iPhone 15 Akan Berlangsung Dua Minggu Lagi

Diterbitkan Ogos 30, 2023 · Dikemas kini September 1, 2023 oleh Amalina Athman

Sekian lama berteka-teki, Apple kini mengesahkan acara khas dengan tema ‘Wonderlust’ akan berlangsung pada 13 September 2023 bertempat di Apple Park, Cupertino.

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • Apa Yang Diketahui Mengenai iPhone 15 Setakat Ini
  • Tiada Warna Emas, iPhone 15 Pro Dijangka Hadir Dengan Dua Warna Baru
  • Kabel Thunderbolt Untuk iPhone 15 Pro Mungkin Dijual Berasingan
  • Kuo: iPhone 15 Pro Max Dijangka Jadi Model Paling Laris

Melalui acara khas itu nanti, sudah pasti ia tertumpu kepada pelancaran siri iPhone 15 yang dijangka membariskan empat model termasuk iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max (atau iPhone 15 Ultra).

Antara jangkaan penawaran untuk siri iPhone 15 termasuk Dynamic Island dan port USB-C bagi semua model, cip A17 Bionic untuk dua model Pro serta bingkai titanium dan lensa periskop untuk Pro Max.

Selain siri iPhone 15, Apple juga dijangka memperkenal Apple Watch Series 9, Apple Watch Ultra 2, AirPods, aksesori serta perisian baharu untuk produknya.

acara Apple 2023

Siaran langsung boleh ditonton melalui laman web rasmi Apple, Apple TV atau YouTube pada 13 September 2023, jam 1.00 pagi (waktu Malaysia).

Dengan tarikh pelancaran telah pun terjawab, nantikan acaranya kelak bagi mengesahkan segala desas-desus mengenai iPhone 15.

  • Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljozai
  • Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljozap

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY