Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 production panel

Berdesup, Cip A17 Bionic Didakwa Sepantas PlayStation 5 Tapi Jauh Lebih Jimat Tenaga

Diterbitkan Ogos 15, 2023 · Dikemas kini Ogos 15, 2023 oleh ariff bukhari

Apple belum pun lagi mengumumkan model terbaru telefon pintar mereka tahun ini yang ditungggu-tunggu peminat iaitu siri iPhone 15.

Tetapi pelbagai ura-ura menarik sudah pun tersebar lebih awal dengan salah satunya yang terbaru dikhabarkan, kuasa pemprosesan luar biasa cip Apple A17 Bionic yang akan menguasakan model siri iPhone 15 Pro.

Menurut dakwaan seorang pengguna Twitter @Naveen tech wala, cip Apple A17 Bionic menerima skor tanda aras setinggi 3,269 mata dalam ujian teras tunggal dan 7,666 dalam multi-teras.

Jika dibandingkan dengan skor yang diterima oleh cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3, ia sekadar menerima skor sebanyak 2,223 dalam ujian teras tunggal dan 6,661 mata sahaja dalam multi-teras.

Bermakna, cip Apple A17 Bionic adalah 47% lebih pantas berbanding cip SD 8 Gen 3 untuk skor teras tunggal.

https://twitter.com/NaveenTechWala/status/1690356739408084992

Dalam laporan saluran YouTube Matt Talks Tech pula, beliau mendakwa, prestasi cip Apple A17 Bionic adalah sepantas cip pemprosesan yang digunakan dalam konsol PlayStation 5.

Anda boleh tonton penjelasan tentang perbandingan itu dalam video beliau.

A17 Bionic PS5

https://www.youtube.com/watch?v=BTvr_pCvAmk

Lagi satu yang pastinya menjadi perhatian pada model iPhone 15 nanti sudah tentulah kehadiran sambungan USB-C yang akhirnya dikhabarkan bakal menggantikan sambungan lightning.

Apple dijangka akan memperkenalkan model iPhone 15 dalam bulan September nanti.

Berkaitan

  • Gurman: Acara iPhone 15 Dijangka Berlangsung Seawal 12 September
  • Imej Didakwa Tertiris Beri Petunjuk iPhone 15 Dengan Port USB-C
  • Maxis Tawar Akses 5G Percuma Sehingga 15 September

Sumber: Notebook Check

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY