Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 image concept

Imej Tertiris Dedahkan iPhone 15 Mungkin Dilengkapi Kelajuan Pemindahan Data Thunderbolt

Diterbitkan Ogos 17, 2023 · Dikemas kini Ogos 17, 2023 oleh Amalina Athman

Menjelang pelancaran tidak lama lagi, pelbagai sumber menyatakan semua model iPhone 15 akan dilengkapi port USB-C berbanding Lightning. Terbaharu, iPhone 15 dilaporkan akan dilengkapi cip retimer Thunderbolt/USB4 untuk pemindahan data berkelajuan tinggi.

Berkaitan

  • Model Pro Siri Apple iPhone 15 Dijangka Akan Lebih Mahal
  • iPhone 15 Pro Dikatakan Lebih Senang Dibaiki, Kos 'Repair' Juga Mungkin Menurun
  • Model iPhone 15 Pro Mungkin Tersedia Dengan Pilihan Storan Lebih Besar

Minggu lalu, peniris @lipilipsi telah berkongsi imej yang didakwa komponen port USB-C bagi iPhone 15, iPhone 15 Plus dan iPhone 15 Pro Max. Dalam perkongsian terkini ChargerLab, ia telah memperlihat komponen tersebut dari sisi lain, yang menunjukkan litar bersepadu (IC) untuk kelajuan pemindahan data Thunderbolt.

iPhone 15 thunderbolt_
iPhone 15 thunderbolt_2

Seperti diketahui, Lightning adalah berdasarkan USB 2.0, yang mempunyai kelajuan pemindahan data sehingga 480Mbps. Sementara penyambung USB-C biasa boleh menghantar data dalam kelajuan antara 5Gbps dan 10Gbps. Namun, dengan Thunderbolt, kelajuan pemindahan data boleh melonjak sehingga 40Gbps.

Pada masa ini, teknologi Thunderbolt telah tersedia melalui penyambung USB-C dalam sejumlah peranti Apple, termasuk Mac dan iPad Pro. Dengan pendedahan ini, ia mungkin bermakna iPhone 15 akan menjadi peranti seterusnya yang akan menerima sokongan Thunderbolt.

Bagaimanapun, peniris terkenal ShrimpApplePro pula menjangkakan iPhone 15 tidak akan mempunyai kelajuan penuh Thunderbolt. Sebaliknya, ia mungkin hanya separuh daripada kelajuan Thunderbolt seperti iPad Pro.

I don’t expect much from it as
– won’t have the full speed of Thunderbolt, probably half like iPad Pros
– limited compatibility https://t.co/RCm5YMM3Hw

— ShrimpApplePro 🍤 ずっと真夜中でいいのに (@VNchocoTaco) August 16, 2023

Buat masa ini, masih belum jelas jika semua model iPhone 15 akan hadir dengan sokongan Thunderbolt atau hanya terhad untuk model Pro.

  • Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljknyj
  • Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljknyr

Sumber: ChargerLab via 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY