Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
caviar iphone 15 pro_

Koleksi Terbaru Caviar “Sahkan” Pilihan Storan iPhone 15 Pro/Max

Diterbitkan Ogos 21, 2023 · Dikemas kini Ogos 21, 2023 oleh Amalina Athman

Laporan sebelum ini menyatakan model iPhone 15 Pro dan Pro Max bakal tersedia dengan kapasiti storan sehingga 2TB. Terbaharu, koleksi terkini Caviar untuk model iPhone 15 Pro/Max nampaknya ‘mengesahkan’ spekulasi itu.

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • Imej Tertiris Dedahkan iPhone 15 Mungkin Dilengkapi Kelajuan Pemindahan Data Thunderbolt
  • iPhone 15 Dilapor Akan Menyokong Pengecasan Lebih Pantas

Menerusi laman web Caviar, ia memperlihat sejumlah koleksi custom untuk iPhone 15 Pro/Max. Antaranya termasuk koleksi #Barbiecore, Notorious, Alligator, Bounty Hounter dan lain-lain.

Menariknya, semua koleksi Caviar untuk iPhone 15 Pro/Max itu mendedahkan pilihan storan, yang mana bermula dengan 256GB. Sebagai tambahan, ia turut menyenaraikan kapasiti storan maksimum dua kali ganda berbanding iPhone 14 Pro Max, iaitu sehingga 2TB.

caviar iphone 15 pro_2
caviar iphone 15 pro_3
caviar iphone 15 pro_1

Untuk rekod, model iPhone 14 Pro/Max ketika ini ditawarkan dalam pilihan storan bermula 128GB sehingga 1TB. Penyenaraian di Caviar ini hampir mengesahkan kapasiti storan yang akan tersedia dalam model iPhone 15 Pro kelak.

Seperti dinyatakan sebelum ini, jika benar, ia mungkin selari dengan laporan Mark Gurman yang menjangkakan iPhone 15 Pro akan lebih mahal.

Dalam pada itu, beberapa koleksi termasuk #Barbiecore Stiletto, Baba Yaga, Bounty Hounter, Viper, Matador dan Turbo juga mendedahkan rekaan butang ‘Action’ yang dijangka akan menggantikan suis Ring/Silent. 

butang action iPhone 15 Pro_2
butang action iPhone 15 Pro
butang action iPhone 15 Pro_3

Bagi mengetahui maklumat rasmi mengenainya, nantikan acara pelancaran siri iPhone 15 yang dijangka berlangsung bulan depan.

  • Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljm85f
  • Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljm85k

Sumber: Caviar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY