Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bezel iPhone 15 Pro

iPhone 15 Pro Max Dilapor Bakal ‘Pecah Rekod’ Untuk Bezel Paling Nipis

Diterbitkan Mac 17, 2023 oleh Amalina Athman

iPhone 15 Pro Max dilapor akan mempunyai bezel paling nipis berbanding mana-mana telefon pintar, mengatasi rekod yang dipegang oleh Xiaomi 13 pada masa ini.

Demikian menurut peniris terkenal Ice Universe, yang mempunyai kredibiliti dalam mendedahkan maklumat tepat mengenai produk Apple akan datang.

Berkaitan

  • Siri iPhone 15 Mungkin Model Terakhir Guna Cip 5G Qualcomm
  • Panel Skrin iPhone 15 Didakwa Tertiris, Perlihatkan Bezel Lebih Nipis
  • Apple Kini Sokong Pembayaran Melalui ShopeePay, Begini Caranya

Dalam ciapan di Twitter, Ice Universe mendakwa bezel untuk iPhone 15 Pro Max hanya mempunyai ketebalan 1.55mm, memecahkan rekod yang dipegang Xiaomi 13 dengan bezel selebar 1.81mm. Sebagai perbandingan, iPhone 14 Pro dimuatkan bezel 2.17mm, sementara Galaxy S22 dan S23 mempunyai lebar bezel sekitar 1.95mm.

iPhone 15 Pro Max will break the record of 1.81mm bezel black edge held by Xiaomi 13, and we measure that its cover plate black bezel width is only 1.55 mm.(S22 and S23 ≈1.95mm,iPhone 14 Pro 2.17mm) pic.twitter.com/9TBrVCGSCo

— I'm back! (@UniverseIce) March 17, 2023

Terdahulu, video panel skrin yang didakwa milik iPhone 15 juga telah tertiris, yang memperlihatkan bezel lebih nipis. ShrimpApplePro, peniris terkenal yang berkongsi semula video tersebut turut berkata sumbernya mengesahkan ketulenan panel tersebut.

Apa yang pasti, lebih banyak spekulasi mengenai barisan iPhone 15 akan bersilih ganti diperkatakan, sehingga pelancaran yang dijangka berlangsung pada September kelak.

Sumber: Ice Universe

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY