Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Periscope iPhone 15 pRO max_ Gadget Match

Lensa Periskop Sekali Lagi Dikatakan Hanya Eksklusif Untuk iPhone 15 Pro Max

Diterbitkan Mei 9, 2023 oleh Amalina Athman

Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, iPhone 15 Pro Max secara eksklusif akan menampilkan lensa Telefoto yang dinaik taraf dengan teknologi periskop.

Berkaitan

  • Kuo: Bukan Dua, Lensa Periskop Kekal Eksklusif Untuk Satu Model iPhone Sehingga 2024

Menerusi ciapan @URedditor di Twitter, ia menyatakan pihaknya menerima pengesahan mengenai perkara itu sendiri dan tidak bergantung pada mana-mana khabar angin sebelum ini.

Finally received independent confirmation of this:

Periscope lens will be available exclusively on the iPhone 15 Pro Max.

— Unknownz21 🌈 (@URedditor) May 8, 2023

Terdahulu, penganalisis Ming-Chi Kuo beberapa kali mengulangi bahawa lensa periskop akan membolehkan sehingga 5-6x zum optik apabila merakam foto dengan kamera belakang pada iPhone 15 Pro Max, berbanding lensa telefoto dengan 3x zum pada iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

Dengan lensa periskop ini kelak, ia akan membolehkan zum optik dipertingkatkan, sebagaimana dilihat pada beberapa jenama Android seperti Samsung, Google dan Huawei.

Sumber: MacRumors

Gambar utama: Gadget Match

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY