Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
USB-C iPhone 15_F

Imej Didakwa Tertiris Beri Petunjuk iPhone 15 Dengan Port USB-C

Diterbitkan Ogos 9, 2023 · Dikemas kini Ogos 9, 2023 oleh Amalina Athman

Imej yang didakwa tertiris baru-baru ini telah memperlihat bahagian port penyambung USB-C iPhone 15, sekali gus memberikan satu lagi petunjuk Apple bersiap sedia untuk beralih daripada pengecasan Lightning ke USB-C.

Berkaitan

  • iPhone 15 Pro Dikatakan Lebih Senang Dibaiki, Kos 'Repair' Juga Mungkin Menurun
  • Gurman: Acara iPhone 15 Dijangka Berlangsung Seawal 12 September
  • Model iPhone 15 Pro Mungkin Tersedia Dengan Pilihan Storan Lebih Besar

Imej berkenaan, yang dikongsi oleh @lipilipsi dan @John011235 di platform X (dahulunya Twitter), dikatakan menunjukkan port penyambung USB-C yang dipasang pada bahagian komponen PCB yang akan digunakan untuk iPhone 15, iPhone 15 Plus dan iPhone 15 Pro Max.

USB-C iPhone 15

Kesemua model iPhone 15 dijangka menggunakan USB-C, yang mana sumber sebelum ini, termasuk Mark Gurman, penganalisis Ming-Chi Kuo turut mengatakan Apple akan melakukan perubahan tersebut.

Walaupun begitu, hanya model iPhone 15 Pro dengan USB-C dikatakan menyokong pemindahan data lebih pantas, manakala model standard iPhone 15 akan dikekalkan dengan kelajuan USB 2.0 yang sama seperti Lightning.

Peralihan ini sekali gus membolehkan Apple mematuhi peraturan baharu, yang memerlukan semua telefon pintar yang dijual di pasaran Eropah menggunakan port USB-C.

  • Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljihmk
  • Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljihmt

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY