Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Belum Lagi Dilancar, Klon iPhone 14 Pro Sudah Mula Dijual Di China

Siri iPhone 15 Mungkin Akan Dibina Dari Salah Satu Bahan Terkuat Di Dunia

Diterbitkan November 23, 2022 · Dikemas kini November 24, 2022 oleh Firdaus

Biarpun siri iPhone 14 kelihatan begitu cantik dalam binaannya, terdapat sumber yang menyatakan siri iPhone 15 bakal kelihatan lebih premium dan berkualiti.

Menurut leaker ShrimpApplePro, beliau menciap bahawa Apple mungkin akan menggunakan bahan “titanium” dalam siri iPhone 15 nanti.

So the new iPhone 15
From the early information that I have, the iPhone 15 will feature a new border design. The back edge corner (as pointed out in the images) will be rounded and not square anymore.
The material also will be titanium.
Still very early to take it as it is. pic.twitter.com/hbdCKUhVP9

— ShrimpApplePro 🍤 ずっと真夜中でいいのに (@VNchocoTaco) November 20, 2022

Selain itu, buju yang tajam antara bahagian sisi dan panel belakang dalam siri iPhone sebelum ini juga dikhabarkan akan diubah kepada rekaan yang lebih melengkung.

https://twitter.com/i/status/1594470437311897602

Kenapa Titanium?

Untuk pengetahuan pembaca, logam titanium mempunyai ketahanan yang lebih padu berbanding aluminium mahupun keluli tahan karat, dan beratnya juga adalah jauh lebih ringan.

Oleh itu, Apple mampu menghasilkan iPhone yang menawarkan ketahanan yang paling lasak sekali di pasaran tetapi mempunyai jisim yang lebih ringan.

Walau bagaimanapun, titanium adalah sebuah logam yang berharga dan mempunyai harga yang berkali-kali ganda lebih mahal berbanding bahan standard yang lain.

Berkaitan

  • Meta Perkenal Ciri Halang Perbualan 'Mencurigakan' Antara Pengguna Dewasa Bersama Remaja
  • Apple A16 Bionic Didakwa Atasi Skor Prestasi Snapdragon 8 Gen 2
  • Pengguna Android 13 Mula Terima Kemas Kini Bagi Bulan November
  • Siri Vivo X90 Dilancarkan Di China, Dikuasakan Cip MediaTek Dan Qualcomm
  • U Mobile Tawar Data 5G Dan Kelajuan Tanpa Had Di Hujung Minggu Untuk Pelan Pra Bayar

1 kilo titanium dijual pada harga USD35 (RM160.87) ke USD50 (~RM229.81) di pasaran. Manakala, keluli tahan karat mempunyai purata harga jualan sekitar USD1 (~RM4.60) ke USD1.50 (~RM6.89) sahaja.

Seandainya khabar angin ini benar, saya tidak melihat penggunaan titanium sebagai satu naik taraf daripada Apple. Tetapi ia adalah lebih kepada alasan untuk menjual siri iPhone akan datang pada harga yang jauh lebih mahal.

Sumber: Techradar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY