Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500

Dalam keadaan pasaran telefon pintar Malaysia ketika ini, mesti ada yang tertanya-tanya berapakah bajet terbaik untuk sesebuah peranti yang berbaloi?

Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah bajet RM1,500 dan ke bawah. Untuk pengetahuan anda, ada pelbagai faktor yang munasabah disebalik bajet tersebut.

Kenapa Bajet RM1,500 Sudah Memadai?


Pertama, barisan peranti dalam segmen harga ini menawarkan semua ciri penting yang diperlukan oleh sesebuah telefon itu seperti 5G, kamera yang baik, bateri dan pengecasan yang cekap, berkuasa, rekaan dan skrin yang cantik.

Selain itu, dengan penawaran semua ciri menarik seperti di atas, bajet RM1,500 itu adalah sangat berbaloi untuk dibelanjakan bagi sebuah peranti yang akan anda gunakan dalam tugasan harian.

Namun begitu, pasaran bajet tersebut mempunyai banyak pilihan telefon pintar dan itu menyukarkan anda di luar sana untuk membuat pilihan.

Antara banyak-banyak telefon pintar dalam harga bawah RM1,500 dalam pasaran, mana satu yang berbaloi untuk anda beli dengan spesifikasi paling seimbang dalam setiap aspek?

Bagi anda yang mencari telefon pintar dengan kriteria-kriteria di atas, saya memperkenalkan vivo Y78 5G - sebuah telefon pintar berbaloi spesifikasi terbaik bawah RM1,500.


vivo Y78 5G Peranti Paling Berbaloi Dalam Kelas RM1,500 Ke Bawah


vivo Y78 5G adalah kemasukan baharu dalam siri Y dan ia adalah pilihan peranti berbaloi dan seimbang dalam kelasnya. Dan ada beberapa faktor kenapa peranti ini memenangi gelaran tersebut.



Pertama, peranti ini dilengkapi sensor kamera utama 64MP anti gegaran dengan OIS dan mampu menghasilkan video yang stabil.

Ciri ini memudahkan anda terutamanya Gen Z menghasilkan kualiti video lebih baik dan cantik untuk dimuat naik ke Instagram Stories mahupun TikTok. 

Sebagai contoh video di bawah, ciri OIS pada vivo Y78 5G ini dapat menghasilkan video dengan kualiti yang lebih baik. Hal ini demikian kerana ciri OIS tersebut dapat menstabilkan video yang dirakam.

Dan secara tidak langsung memudahkan anda menghasilkan bukan sahaja video tetapi foto yang lebih cantik.



Selain itu, peranti ini juga dapat memberikan hasil kualiti gambar malam, potret yang baik dan tanpa isu kabur. Kualiti tersebut dapat dicapai dengan gabungan sistem kamera utama, sensor 2MP bokeh dan 2MP super makro.





Seterusnya, vivo Y78 5G menawarkan skrin 3D Curve panel AMOLED yang menyokong kadar segar semula hingga 120Hz dan kecerahan maksimum 1,300 nits. Selain memaparkan visual lebih terang dan cantik, skrin lengkungnya juga lebih kukuh dan tahan lasak.





Untuk pengetahuan anda, vivo Y78 5G adalah satu-satunya peranti dengan skrin melengkung OLED dan sistem kamera 64MP OIS bagi kelas harga RM1,500 ke bawah.

Untuk prestasi, anda tidak perlu risau kerana spesifikasi Snapdragon 695 5G, memori RAM 8GB dan storan 256GB nya mampu mengendalikan sebarang tugasan seperti gaming, urusan harian, hiburan dan lain-lain.

Dibina untuk memenuhi penggunaan seharian anda, peranti ini disokong bateri berkapasiti 5,000mAh. Kelajuan pengecasan FlashCharge 44W pula memastikan anda tidak perlu tunggu lama sehingga peranti ini dicas sepenuhnya.

Hal ini kerana vivo Y78 5G hanya mengambil masa 15 minit sahaja untuk mencapai paras 27%, dan 30 minit untuk dicas hingga ke paras 49%.



Menariknya lagi, vivo Y78 5G memberikan pelbagai spesifikasi cemerlang di dalam satu binaan yang kukuh dan rekaan cantik, premium dan sedap mata memandang. Untuk pengetahuan anda, warna Dreamy Gold diinspirasikan daripada waktu matahari terbenam di gold coast, Sepang.

Jadi, panel belakang peranti ini akan menghasil kesan yang menawan dan cantik terutamanya di bawah sinaran cahaya. Di samping itu, peranti ini mempunyai bateri 5,000mAh yang tahan lama, storan 256GB yang mencukupi, pengalaman penggunaan yang smooth dan tanpa sebarang isu, melalui sistem operasi Funtouch 13. 

Jadi berapa pula harganya?

Peranti Yang Berbaloi Pada Harga Mampu Milik




vivo Y78 5G dijual pada tanda harga rasmi RM1,399 sahaja untuk sebuah peranti yang layak dikatakan sebagai - terbaik keseluruhan bawah RM1,500.

Hal ini demikian kerana ia adalah satu-satunya peranti dengan padanan skrin OLED melengkung 120Hz dan kamera utama 64MP OIS.

Tambahan lagi, ia mempunyai UI cantik dan lancar, sokong 5G, NFC, prestasi kamera yang cemerlang, bateri yang besar, dalam binaan yang premium dan pilihan warna yang cantik - Dreamy Gold dan Flare Black.



Jualan awal bermula pada 5 Ogos hingga 4 September depan, dan sebarang pembelian akan mendapat hadiah bernilai RM599.

Hadiah tersebut merangkumi tambahan 180 hari waranti, 180 hari perlindungan skrin, screen protection (RM69) dan earbud yang bernilai RM99.

Jadi, dapatkan diri anda telefon pintar vivo Y78 5G di mana-mana kedai berhampiran, stor vivo Malaysia atau secara dalam talian melalui pautan ini.

*Artikel ini dibawakan vivo Malaysia