Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro

Lagi Ura-Ura Dakwa iPhone 15 “Ultra” Akan Ganti “Pro Max”

Diterbitkan Ogos 22, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

iPhone 15 Pro Max masih berkemungkinan akan menggunakan nama “iPhone 15 Ultra“, menurut Andrew O’Hara iaitu wartawan daripada Apple Insider.

Here’s a late Friday tidbit I’ve heard for #iPhone15. Multiple sources have told me Apple will indeed use the “iPhone 15 Ultra” monicker for the plus-sized pro phone. This was an early rumor that got backpedaled. Most have since referred to it as iPhone 15 Pro Max.

— Andrew O'Hara (@Andrew_OSU) August 19, 2023

Ini bukanlah kali pertama ura-ura ini disebarkan. Malah, individu berpengaruh seperti Mark Gurman dan Ming-Chi Kuo pernah melaporkan perkara sama sebelum ini.

Akan tetapi, ura-ura itu ‘terpadam’ apabila ada satu lagi khabar angin selepas itu mengatakan Ultra tidak akan menggantikan Pro Max tetapi sebaliknya akan menjadi versi baharu dan paling berkuasa mengatasi Pro Max.

There will be:
– iPhone 15
– iPhone 15 Plus
– iPhone 15 Pro
– iPhone 15 Ultra

No more “iPhone 15 Pro Max” name.

— Andrew O'Hara (@Andrew_OSU) August 19, 2023

Bercakap soal nama produk, anda mungkin terkenang akan visionOS yang sebelumnya digembar-gemburkan akan menggunakan nama xrOS.

MacRumors berkata hal itu memberi isyarat bahawa Apple telah mengubah nama tersebut pada saat akhir.

Jadi, kebarangkalian peralihan daripada “Pro Max” dan “Ultra” ini juga 50/50.

Berkaitan

  • Gurman: iPhone 15 'Ultra' Mungkin Akan Gantikan Model Pro Max
  • Nampak Lebih "Cool", Pereka Ini Perlihatkan Rekaan Konsep iPhone Ultra
  • Apple Sudah Daftar Tanda Nama "xrOS" Menjelang WWDC Pada Bulan Depan
  • Pengguna iOS Kini Boleh Cuba Demo Galaxy Z Fold5 Dengan Dua iPhone

Usah risau, kurang dari sebulan, kita akan tahu kebenarannya dalam acara Apple pada 14 September ini (waktu Malaysia).

Tambah Andrew, iPhone 15 Ultra akan dilengkapkan dengan skrin yang lebih besar dan lensa periskop 10X.

Selain itu, versi Ultra dan Pro juga akan menggunakan titanium sebagai tubuh, mempunyai Action Button yang gantikan suis mute serta kemungkinan besar dijana A17 Bionic.

Sumber: Andrew O’Hara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY