Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
USB-C braided iPhone 15

iPhone 15 Dijangka Hadir Dengan Kabel USB-C ‘Braided’ Pelbagai Warna

Diterbitkan Ogos 22, 2023 · Dikemas kini Ogos 22, 2023 oleh Amalina Athman

Hanya sekitar tiga minggu lagi, Apple dijangka akan mengumumkan barisan iPhone 15. Menjelang pelancarannya, pelbagai spekulasi semakin bertiup kencang.

Dalam spekulasi terkini, siri iPhone 15 dilaporkan bakal hadir dengan kabel USB-C dari jenis braided dengan pelbagai warna.

Berkaitan

  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500
  • Koleksi Terbaru Caviar "Sahkan" Pilihan Storan iPhone 15 Pro/Max
  • Lagi Ura-Ura Dakwa iPhone 15 "Ultra" Akan Ganti "Pro Max"

Menerusi imej yang dikongsi oleh peniris Majin Bu dan Kosutami di platform X, ia mendedahkan sejumlah sampel kabel braided USB-C dengan lima warna.

Yaay…yes?
But seems more likely as purple for me pic.twitter.com/0kWPk6YdeM

— Kosutami (@Kosutami_Ito) August 21, 2023

Kosutami menjangkakan sekurang-kurangnya kabel ini akan hadir dalam pilihan warna hitam, putih, kuning, ungu dan oren. Untuk warna oren, ia kelihatan hampir kepada warna merah jambu, seakan warna Coral untuk iPhone XR. Setiap warna kabel ini dikatakan akan dipadankan dengan pilihan warna ‌iPhone 15‌.

Seperti diketahui, sehingga kini, semua model ‌iPhone‌ dilengkapi dengan kabel putih dari jenis biasa, tanpa mengira pilihan warna iPhone.

Sementara itu, Apple secara beransur-ansur dilihat telah beralih kepada kabel braided untuk MacBook Air dan MacBook Pro. Sebagai tambahan, Apple secara berasingan menawarkan kabel USB-C ke MagSafe 3 dengan empat pilihan warna yang boleh disuaikan mengikut warna MacBook Air.

Dengan itu, tidak mustahil jika barisan iPhone 15 kelak bakal dilengkapi kabel USB-C braided dengan padanan warna peranti. Namun, jika benar, tidak diketahui sama ada ia disertakan sekali dalam kotak atau dijual secara berasingan.

  • Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljm85f
  • Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljm85k

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY