Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Malaysia Lancar Monitor Dwi-Paparan Mudah Alih Boleh Lipat Dan Projektor Terbaru

Acer Malaysia Lancar Monitor Dwi-Paparan Mudah Alih Boleh Lipat Dan Projektor Terbaru

Diterbitkan April 24, 2024 · Dikemas kini April 24, 2024 oleh Muhd Idham

Selain daripada produk dekstop Acer Veriton yang baru dilancarkan semalam, Acer Malaysia turut melancarkan dua produk lain di acara sama iaitu monitor dwi-paparan mudah alih, Acer PD163Q dan projektor, Acer X1528Ki.

Monitor dwi-paparan mudah alih, Acer PD163Q

Acer Malaysia Lancar Monitor Dwi-Paparan Mudah Alih Boleh Lipat Dan Projektor Terbaru
Pandangan hadapan
Acer Malaysia Lancar Monitor Dwi-Paparan Mudah Alih Boleh Lipat Dan Projektor Terbaru
Pandangan belakang

Untuk pengetahuan anda, monitor dwi-paparan ini menggunakan skrin jenis IPS yang disokong oleh teknologi Acer VisionCare, resolusi FHD serta menawarkan sudut pandangan maksimum 170 darjah.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan slot HDMI mini dan USB-C untuk sambungan kepada peranti seperti komputer riba mahupun telefon pintar.

Projektor Acer X1528Ki

Acer X1528Ki _5

Acer X1528Ki ini, ia mampu untuk menghasilkan tayangan yang jelas sehingga 5200 ANSI lumens. Ia menyokong sambungan tanpa wayar terus dari telefon pintar,
tablet, atau komputer riba mereka dengan senang.

Projektor ini juga berupaya menyediakan paparan imej gambar sebesar 60 inci pada jarak 2 meter sahaja dengan nisbah lontaran 1.48 – 1.62. Ciri-ciri teknologi lain yang ada termasuklah ColorBoost3D, Acer LumiSense, dan ColorSafe II.

{suggest}

WhatsApp Image 2024-04-24 at 10.49.49
Monitor Dwi-Paparan Mudah Alih Acer PD163Q digandingkan bersama komputer riba Acer Swift Go 14, jadikan paparan ruang kerja lebih luas.

Tersedia dengan segera di eKedai Acer, kedai rasmi Acer di dalam Shopee dan Lazada, dan penjual rasmi Acer di seluruh negara, Monitor Dwi-Paparan Mudah Alih Acer PD163Q  dan Projektor Acer X1528Ki masing-masing dijual pada harga RM1,699 dan RM2,799.

Shopee – https://invl.io/cll0z37

Lazada – https://invol.co/cll0z3h

Sumber: Siaran Media Acer Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY