Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Apple Event’ 7 Mei Ini – Dijangka Perkenal iPad, Apple Pencil Baharu

‘Apple Event’ 7 Mei Ini – Dijangka Perkenal iPad, Apple Pencil Baharu

Diterbitkan April 24, 2024 · Dikemas kini April 24, 2024 oleh Amalina Athman

Apple telah mengumumkan bahawa acara khas mereka akan diadakan pada 7 Mei 2024, 10.00 malam MYT, dengan penstriman langsung tersedia melalui platform rasminya.

{suggest}

Untuk rekod, Apple tidak mengeluarkan sebarang iPad baharu sejak 2022. Dengan slogan “Let Loose“, acara ini dijangka memfokuskan kepada pengenalan perkakasan dan aksesori iPad baharu – termasuk iPad Pro, iPad Air, Apple Pencil dan Magic Keyboard.

Ketika ini, apabila pengguna refresh halaman utama apple.com, ia akan memaparkan promosi acara khas itu dengan enam logo artistik yang berbeza.

‘Apple Event’ 7 Mei Ini – Dijangka Perkenal iPad, Apple Pencil Baharu

CEO Apple Tim Cook turut berkongsi video pendek di platform X dengan kesemua logo berkenaan, yang secara tidak langsung mengesahkan bahawa Apple Pencil baharu akan diumumkan kelak.

Pencil us in for May 7! ✏️ #AppleEvent pic.twitter.com/1tvyB7h450

— Tim Cook (@tim_cook) April 23, 2024

Bagi model iPad Pro baharu, kedua-dua model 11-inci dan 12.9-inci dijangka hadir dengan paparan OLED serta lebih nipis berbanding pendahulunya.

Sementara iPad Air pula mungkin menampilkan model 12.9-inci buat pertama kalinya, selain saiz 10.9-inci sedia ada.

Sehingga itu, nantikan acara khas Apple yang akan berlangsung bulan depan.

Sumber: Apple, 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY