Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Magic9 Pro Max 5

Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999

Diterbitkan November 24, 2026 · Dikemas kini November 24, 2026 oleh ariff bukhari

HONOR Magic9 Pro Max kini rasmi di Malaysia yang menetapkan penanda aras baharu peranti flagship dengan gabungan prestasi berkuasa, keupayaan fotografi bertaraf sinema serta ketahanan bateri luar biasa.

Dari segi prestasi, Magic9 Pro Max dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 yang dipadankan bersama cip pengimejan khas HONOR Imaging Chip H1, memori 12GB RAM serta storan dalaman 512GB.

Magic9 Pro Max 3

Ia turut beroperasi menggunakan sistem operasi terkini MagicOS 11 berasaskan Android 17 yang dilengkapi pelbagai ciri pintar termasuk integrasi Google Gemini serta butang khas AI.

Paparan hadapannya menampilkan skrin LTPO OLED bersaiz 6.8 inci dengan kadar segar semula pintar 1-120Hz, resolusi 1320×2868 piksel serta tahap kecerahan puncak mencecah 10,000 nits.

Skrin ini turut dilindungi lapisan HONOR Anti-Scratch NanoCrystal Shield.

Magic9 Pro Max 2

Fotografi menjadi taruhan utama HONOR Magic9 Pro  apabila menampilkan tetapan tiga kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 200MP Ultra Night (OIS, penstabilan tahap gimbal CIPA 8.0), kamera telefoto 200MP Ultra Night (OIS), dan lensa ultra-lebar 50MP, manakala bahagian hadapan menempatkan kamera swafoto 55MP.

Malah kolaborasi dengan ARRI menjadikan kamera peranti ini lebih berkuasa di mana ia menyokong teknologi sains imej ARRI dengan rakaman video sehingga 4K 60fps.

Melengkapkan spesifikasi peranti seberat 233 gram ini ialah bateri berkapasiti gergasi 8,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas berwayar 100W dan wayarles 80W, selain pengiktirafan kalis air dan debu IP68, IP69 serta IP69K.

Tersedia dalam 1 varian sahaja, HONOR Magic9 Pro ditawar pada harga RM5,999.

Endframe_Horizontal 01

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
©2026 WISER.MY