Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri Acer Veriton S2720G and X2720G

Acer Malaysia Lancar Desktop Siri Veriton S2720G Dan X2720G, Hanya Dari RM2,899

Diterbitkan April 23, 2024 oleh ariff bukhari

Acer Malaysia hari ini melancarkan barisan komputer meja terbarunya, Siri Acer Veriton S2720G dan X2720G. Komputer meja tahap permulaan (entry-level) ini dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core generasi ke-14 terkini dengan memori RAM 8GB dan storan SSD 512GB yang mampu menawarkan kebolehan pelbagai tugas yang lancar untuk memenuhi keperluan para pengguna.

Kedua-dua komputer desktop ini juga mudah dinaik taraf perkakasannya untuk keperluan di masa depan. Sedar bahawa keselamatan data adalah penting untuk pelbagai perniagaan, kedua-dua komputer desktop ini juga datang dengan Modul Platform Dipercayai diskret (dTPM).

Acer Veriton X2720G_1
Acer Veriton X2720G
Acer Veriton S2720G_2
Acer Veriton S2720G

Siri Acer Veriton S2720G dan X2720G ini kini  tersedia dengan segera dari eKedai Acer dan atau rakan kongsi yang dibenarkan. Veriton X2720G dikuasakan  Intel Core i3 dan Intel Core i5 masing-masing dijual pada harga RM2,899 can RM3,289.

Manakala Acer Veriton S2720G bentuk ‘mid-tower’, dengan Intel Core i5 pula dijual dengan harga RM3,399.

Beli barisan produk terkini Acer dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cll0z37
  • Lazada – https://invol.co/cll0z3h

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Siaran media Acer Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY