Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ipad gen 10

Apple iPad Gen-10 Turut Diumumkan Dengan Cip A14 Bionic, Port USB-C

Diterbitkan Oktober 19, 2022 · Dikemas kini Oktober 19, 2022 oleh Amalina Athman

Selain iPad Pro, Apple melalui siaran akhbar turut mengumumkan iPad generasi ke-10, yang dilengkapi cip A14 Bionic, rekaan baharu serta pilihan warna yang pelbagai.

Apple iPad Gen-10 Turut Diumumkan Dengan Cip A14 Bionic, Port USB-C

Didatangkan dengan skrin Liquid Retina bersaiz 10.9-inci, iPad Gen-10 menampilkan rekaan baharu dengan bahagian sisi yang mendatar dan besar, serta sokongan Touch ID pada butang sisi.

Ia dilengkapi cip pemproses A14 Bionic, kamera hadapan 12MP yang diletakkan secara landskap, kamera belakang 12MP yang telah dinaik taraf, sambungan Wi-Fi 6 serta sokongan 5G bagi model selular.

Apple iPad Gen-10 Turut Diumumkan Dengan Cip A14 Bionic, Port USB-C

Apa yang menarik perhatian, iPad Gen-10 kini hadir dengan sokongan port pengecasan USB-C. Bagaimanapun, ia hanya menyokong Apple Pencil generasi pertama yang mempunyai sambungan Lightning. Ia juga menyokong Magic Keyboard Folio yang direka khusus untuk iPad baharu.

Sama seperti iPad Pro, peranti ini didatangkan dengan sistem operasi iPadOS 16 yang baharu. iPad Gen-10 hadir dengan 4 pilihan warna iaitu Blue, Pink, Silver dan Yellow.

Apple iPad Gen-10 Turut Diumumkan Dengan Cip A14 Bionic, Port USB-C

Untuk pasaran Malaysia, ia diletakkan pada harga bermula RM2,099. Buat masa ini, belum lagi diketahui bila ia akan tersedia untuk pasaran Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenainya, layari Apple Store.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY