Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
9 Servis Ini Dijangka Akan Ditawarkan Apabila Apple Store Malaysia Rasmi Dibuka

9 Servis Ini Dijangka Akan Ditawarkan Apabila Apple Store Malaysia Rasmi Dibuka

Diterbitkan Februari 7, 2024 · Dikemas kini Mei 29, 2024 oleh ariff bukhari

kemas kini 3 Mei 2024: beberapa jangkaan dalam artikel ini telah pun berada di Malaysia seperti HomePod, Apple trade-in dan ansuran bulanan. Kini, hanya tunggu sahaja Apple Store rasmi di Malaysia.

kemas kini 29 Mei 2024: Apple Store Malaysia bakal dibuka secara rasmi pada jam 10 pagi, 22 Jun 2024.

Bukan lagi rahsia bahawa Apple Inc. akan membuka stor rasmi mereka di Malaysia yang dijangka akan dirasmikan sekitar suku pertama 2024.

Malah lokasi bangunannya juga sudah diketahui, iaitu terletak di TRX City Park, Kuala Lumpur.

Sebenarnya terdapat banyak kelebihan yang akan dinikmati khususnya kepada pengguna produk dan pelanggan perkhidmatan Apple apabila ia bertapak di Malaysia nanti.

9 Servis Ini Dijangka Akan Ditawarkan Apabila Apple Store Malaysia Rasmi Dibuka
Pelanggan Apple akan dapat manfaat daripada perkhidmatan dan sokongan pakar di Genius Bar.

Jadi, di sini dikongsikan antara kelebihan-kelebihan apabila Apple bertapak di Malaysia:-

1. Terima iPhone awal

Tidak lagi perlu harapkan pada scalpers yang biasanya mengambil untung berlipat ganda. Malaysia akan menerima model iPhone terbaru serta produk-produk Apple yang lain sama waktunya dengan tarikh pelancaran global produk-produk tersebut.

9 Servis Ini Dijangka Akan Ditawarkan Apabila Apple Store Malaysia Rasmi Dibuka
Lepas ni berpusu-pusulah peminat iPhone beratur depan Apple Store bagi dapatkan iPhone terbaru sebaik ia dilancarkan.

Bermakna, tarikh prapesan dan ketersediaannya juga akan seiring dengan negara yang sudah tersedia dengan Apple Store. Sebagai contoh, negara jiran kita, Thailand dan Singapura.

2. Bengkel belajar ciri baharu produk Apple dan lain-lain

bengkel belajar Apple
foto: wiser.my

Apple ada menawarkan sesi bengkel untuk produk-produk mereka menerusi Today at Apple.

Anda perlu mendaftar di laman rasmi Apple terlebih dahulu bagi menyertai kelas tersebut yang akan mengajarkan ciri baharu serta tips untuk memanfaatkan sepenuhnya keupayaan peranti Apple anda.

Screen Shot 2024-02-07 at 2.03.49 PM

3. AppleCare+

Servis perlindungan produk AppleCare+ baru sahaja ditawarkan di Malaysia.

Ia menawarkan tambahan perlindungan ke atas peranti menerusi sokongan teknikal dan servis perkakasan serta perisian 24/7 sehingga 3 tahun (bergantung kepada jenis peranti).

Malah sokongan teknikal Apple boleh datang ke lokasi anda bagi menyelesaikan isu yang dihadapi dengan peranti Apple anda.

AppleCare+ Malaysia
Setakat ini, AppleCare+ Malaysia meliputi 7 produk utama di atas.

4. Baik Pulih Kendiri

Apple ada menyediakan program Baik Pulih Kendiri (Self Service Repair).

Program ini memberi anda akses kepada alat ganti, alat dan manual pembaikan Apple tulen untuk anda melakukan pembaikan sendiri selepas peranti tamat tempoh jaminan Apple seperti penggantian paparan iPhone dan Mac.

Screen Shot 2024-02-07 at 2.26.30 PM

Walau bagaimanapun, ketersediaan servis ini mungkin tidak tiba sebaik sahaja Apple Store Malaysia dibuka rasmi nanti memandangkan sekarang  pun ia terhad di beberapa negara sahaja.

5. Lebih Banyak Produk Apple 

Sebenarnya terdapat beberapa produk Apple yang tidak dibawa masuk ke Malaysia lagi walaupun ia sudah lama dilancarkan.

Sebagai contoh, peranti audio pintar HomePod. Walaupun sudah dilancarkan pada tahun 2017 lagi, tapi sehingga kini ia tidak dibawa ke pasaran Malaysia.

demo produk apple
Anda juga boleh mendaftar bagi membuat tempahan untuk mencuba produk Apple.

Jadi, peranti-peranti Apple seperti ini mungkin akan dibawa masuk ke Malaysia nanti. Namun, sebelum ini ia dikatakan sudah melepasi kelulusan SIRIM dan dijangka akan dilancarkan secara rasmi di sini.

9 Servis Ini Dijangka Akan Ditawarkan Apabila Apple Store Malaysia Rasmi Dibuka
Kesemua produk demo Apple akan dipaparkan dan boleh dicuba pengguna sendiri.

6. Jualan Produk Apple Terpakai

Satu lagi servis Apple yang dijangka akan tiba di Malaysia nanti adalah jualan produk-produk terpakai Apple di laman rasmi Apple.

Produk-produk itu meliputi iPhone, Mac, Apple Watch dan banyak lagi yang menerima pengesahan Apple dan tersedia dengan jaminan satu tahun dari Apple.

apple refurbished

7. Apple Trade-In

Memiliki produk Apple yang baharu juga akan jadi lebih mudah dengan mungkin akan adanya nanti penawaran servis jual beli (Trade In).

Dengan Apple Trade-In, anda boleh mendapatkan lebih nilai untuk peranti semasa anda dan bagi mendapatkan model yang baharu yang boleh dilakukan semuanya dalam talian atau di Kedai Apple.

Apple Trade In

Jika peranti anda tidak layak mendapat kredit, Apple akan mengitar semula peranti itu secara percuma.

8. Apple Maps dipertingkat

Paparan visual yang dipertingkat dan segala ciri lain yang ada dalam Apple Maps juga dijangka akan tiba di Malaysia.

Buktinya, sudah kelihatan kelibat kereta yang sedang membuat pemetaan bagi Apple Maps di Malaysia.

Pengguna Apple Maps di Malaysia akan dapat menikmati pengalaman bandar yang terperinci tersedia untuk pengguna iPhone dan CarPlay sepertimana pengguna Apple Maps di London, Los Angeles, New York City, Philadelphia, San Diego, San Francisco dan banyak lagi.

Apple Maps

9. Ansuran Bulanan

Servis bayaran secara ansuran bulanan ke atas pembelian produk Apple juga mungkin akan ditawarkan di stor dalam talian Apple Malaysia nanti.

Sebelum ini, laman rasmi Apple Malaysia tidak mempunyai penawaran ansuran bulanan. Bermakna, pembeli harus melakukan pembayaran penuh bagi setiap produk.

Namun, jika pilihan ansuran ini tersedia nanti, ia sekali gus memudahkan pengguna untuk membeli produk Apple yang mereka inginkan.

Servis ini pastinya akan lebih memudahkan pengguna untuk memiliki produk Apple idaman mereka.

Screen Shot 2024-02-07 at 2.39.15 PM
Servis bayaran ansuran untuk pembelian komputer riba Macbook Pro yang ditawarkan di AS sehingga 12 bulan.
Screen Shot 2024-02-07 at 2.39.31 PM

Kesimpulan

apple store malaysia
foto: reddit r/malaysia

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah, kewujudan stor fizikal Apple rasmi di Malaysia bakal memanfaatkan pengguna.

Akses produk lebih cepat, sokongan dari Apple yang lebih menyeluruh dan kemampuan pengguna untuk memiliki produk-produk Apple akan lebih mudah dengan adanya penawaran servis seperti bayaran ansuran bulanan, khidmat trade in dan penujualan semula produk terpakai rasmi dari Apple.

9 Servis Ini Dijangka Akan Ditawarkan Apabila Apple Store Malaysia Rasmi Dibuka
Juga pastinya, layanan dari staf Apple Store akan lebih berbeza dari layanan penjual sah produk Apple di Malaysia yang ada ketika ini.

Walau bagaimanapun, ketersediaan servis-servis yang disenaraikan di sini mungkin tidak akan tersedia sebaik sahaja Apple Store rasmi dibuka di Malaysia.

Mungkin ada servis yang dinyatakan di sini hanya akan tiba secara berperingkat pada lain masa.

9 Servis Ini Dijangka Akan Ditawarkan Apabila Apple Store Malaysia Rasmi Dibuka
Harapnya akan ada juga pelbagai cenderamata seperti baju-t rasmi Apple di jual dalam Apple Store Malaysia nanti.
9 Servis Ini Dijangka Akan Ditawarkan Apabila Apple Store Malaysia Rasmi Dibuka
Kredit: Luminfire.

Apa pun, adakah anda teruja dengan ketibaan Apple Store yang bakal dilancarkan di malaysia tidak lama lagi?

Berkaitan

  • Penggunaan iOS 17 Lebih Perlahan Berbanding iOS 16
  • Ujian JerryRig Dedahkan Titanium iPhone 15 Pro Lebih 'Power' Berbanding Galaxy S24 Ultra
  • Jangan Pakai Apple Vision Pro Semasa Memandu - Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY