Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple repair

Apple Buat Kejutan, Jual Alat Gantian ‘Ori’ Dan Boleh Baiki Sendiri Di Rumah

Diterbitkan November 18, 2021 oleh Amsyar Latif

Agak mengejutkan, Apple yang sebelum ini tidak gemar pelanggannya untuk membaik pulih peranti mereka dari pihak ketiga akhirnya kini mengumumkan Self Service Repair.

Namanya sudah cukup jelas mengatakan bahawa selepas ini pengguna tidak lagi perlu membawa peranti ke pusat servis Apple jika mahu membaiki skrin yang rosak dan sebagainya.

Melaluinya, Apple mengatakan fasa awal bagi Self Service Repair ini terhad untuk peranti iPhone 12 dan iPhone 13 terlebih dahulu. Sementara model komputer Mac yang dijana cip M1 akan menyusul kemudian.

Selain itu, buat masa sekarang ia memfokuskan baik pulih seperti paparan iPhone, bateri dan kamera. Manakala lain-lain akan ditawarkan tahun hadapan.

Apple Buat Kejutan, Jual Alat Gantian ‘Ori’ Dan Boleh Baiki Sendiri Di Rumah

Pada masa yang sama, Apple turut akan berkongsikan buku panduan baik pulih serta menjual alat gantian asli dan perkakas untuk membaik pulih kepada pengguna.

Bagaimanapun, mana-mana pengguna yang ingin membaik pulih sendiri, dinasihatkan agar baca buku panduan dan tahu apa yang harus dilakukan agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Sekiranya risau untuk berbuat demikian, boleh sahaja menghantarnya kepada yang lebih pakar dalam membaiki iPhone.

Buat masa ini, Self Service Repair ditawarkan di Amerika Syarikat dahulu pada awal tahun 2022 dan akan diperluaskan di beberapa negara lain kelak.

Sumber: Apple

Baca juga:

  • Isu Face ID Selesai, Boleh Tukar Skrin iPhone 13 Dari Pihak Ketiga

  • Iklan Oreo Mirip Acara Apple, Mungkin Lancar ‘Oreoverse’

  • Pelanggan Google One iOS Akan Dapat Ciri Baharu Untuk Google Photos

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
  • Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Haramkan Waze Di Malaysia - PM Anwar
  • Filem AI Pertama China Berharga ~RM6.1 Juta Mula Ditayangkan Di Pawagam
©2026 WISER.MY