Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2024-02-07 at 9.56.36 AM

Jangan Pakai Apple Vision Pro Semasa Memandu – Apple

Diterbitkan Februari 7, 2024 · Dikemas kini Februari 7, 2024 oleh ariff bukhari

Setiausaha Pengangkutan AS, Pete Buttigieg memberi peringatan pada semua pemandu kenderaan untuk sentiasa peka dengan keadaaan semasa ketika memandu.

Peringatan itu dibuat selepas ada pengguna berkongsikan mereka memakai peranti VR Apple Vision Pro semasa memandu.

Salah satunya adalah video yang memaparkan seorang pemandu Tesla dilihat sedang menggunakan alat VR itu ketika sedang memandu EV Tesla Cybertruck.

Reminder—ALL advanced driver assistance systems available today require the human driver to be in control and fully engaged in the driving task at all times. https://t.co/OpPy36mOgC

— Secretary Pete Buttigieg (@SecretaryPete) February 5, 2024

Video yang disiarkan itu menunjukkan pemandu di dalam EV yang mempunyai ciri mod autonomi, memandu sambil memakai set kepala Apple.

Di laman sokongan Apple jelas menyatakan bahawa Apple memberi amaran VR mereka tidak digunakan semasa memandu.

“Jangan sekali-kali menggunakan Apple Vision Pro semasa mengendalikan kenderaan bergerak, basikal, jentera berat atau dalam sebarang situasi lain yang memerlukan perhatian terhadap keselamatan.” Apple.

Manakala Tesla berkata pemandu harus sentiasa “mengekalkan kawalan dan tanggungjawab ke atas kenderaan anda,” walaupun dalam mod autonomi.

Berkaitan

  • Pelbagai Gelagat Pelik Dirakam Pengguna Bersama Apple Vision Pro
  • Inovasi 'Blue Technology' Perkukuhkan Lagi Barisan Peranti vivo
  • Pelancaran Global Siri Xiaomi 14 Akan Berlangsung 25 Februari

Sumber: Apple, BBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY