Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rakaman Gambar Jalan Malaysia Untuk ‘Apple Maps Look Around’ Bermula Esok

Rakaman Gambar Jalan Malaysia Untuk ‘Apple Maps Look Around’ Bermula Esok

Diterbitkan November 9, 2023 · Dikemas kini November 9, 2023 oleh Amal Addin

Untuk pengetahuan anda, ciri yang dibangunkan pada Apple Maps Look Around ini mempunyai persamaan dengan Google Maps Street View. Ciri ini membolehkan anda melihat dengan lebih jelas apa yang ada pada sekeliling jalan yang berada dalam aplikasi tersebut.

Ciri Look Around dalam Apple Maps sudah lama ada namun ciri khas tersebut belum tembus ke dalam Malaysia. Jadi, pihak Apple telah mengambil inisiatif untuk melakukan rakaman gambar-gambar jalan di Malaysia bermula esok.

Ciri ini bakal menyediakan liputan jalan yang lebih meluas, data pejalan kaki yang lebih baik, alamat yang lebih tepat serta perincian terhadap bentuk muka bumi.

Rakaman Gambar Jalan Malaysia Untuk ‘Apple Maps Look Around’ Bermula Esok

Apple telah mengemas kini jadual untuk pelancaran kenderaan mengikut tapak web koleksi imejnya yang akan bermula pada 10 November. Jadual penuhnya adalah seperti berikut:

Screenshot 2023-11-09 154550
Kredit: Apple Maps Image Collection
Rakaman Gambar Jalan Malaysia Untuk ‘Apple Maps Look Around’ Bermula Esok
Apple Maps pada laluan pejalan kaki

Syarikat Apple dikatakan berjanji untuk melindungi privasi orang ramai apabila melakukan tinjauan di jalan-jalan dengan menapis muka dan nombor plat kenderaan dalam imej Apple Maps Look Around.

Selain itu, Apple turut membayar orang untuk membawa beg galas yang dilengkapi dengan kamera dan sensor lidar. Tujuannya adalah untuk menyediakan data pejalan kaki di jalan-jalan tanpa akses kenderaan.

Setakat ini, syarikat itu telah mengemas kini petanya di bandar-bandar seluruh Hong Kong, Taiwan, Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali, Jerman, Singapura, New Zealand dan banyak lagi negara yang akan ditambah pada setiap tahun.

Walau bagaimanapun, ciri ini akan secara rasminya masuk ke dalam Apple Maps apabila Apple Store siap dibina pada tahun hadapan.

Berkaitan

  • Apple Maps Makin Digemari Pengguna Berbanding Google Maps - Laporan
  • Ini Cara Kesan iPhone Atau iPod Anda Rosak Akibat Air
  • Prestasi GPU Snapdragon 8 Gen 4 Dikhabar Lebih Laju Banding Apple M2
  • Apple Dilapor Tangguh Pembangunan iOS 18 Untuk 'Bersihkan' Pepijat
  • Ini Sebab Apple AirPods Mahal Berbanding AirPods Palsu

Sumber: soyacincau

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY