Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JerryRigEverything_Apple Samsung

Ujian JerryRig Dedahkan Titanium iPhone 15 Pro Lebih ‘Power’ Berbanding Galaxy S24 Ultra

Diterbitkan Februari 6, 2024 · Dikemas kini Februari 6, 2024 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, Apple dan Samsung masing-masing telah melancarkan iPhone 15 Pro dan Galaxy S24 Ultra dengan bingkai titanium. Walau bagaimanapun, ujian ketahanan baru-baru ini mendedahkan Apple mengatasi Samsung dari segi kualiti titanium yang digunakan.

Berkaitan

  • iPhone 15 Pro Dan iPhone 15 Pro Max - Akhirnya USB-C, Titanium, Tiada Lagi Butang 'Mute'
  • Siri Galaxy S24 Kini Rasmi - Bingkai Titanium, Galaxy AI, Harga Bermula RM4099
  • Beberapa Pengguna Samsung Galaxy S24 Ultra Lapor Isu Skrin Garisan Hijau

Saluran YouTube popular, JerryRigEverything telah memuat naik video mengenai Galaxy S24 Ultra baru-baru ini. Ia memfokuskan pada jumlah dan jenis titanium yang digunakan Samsung.

Dalam video tersebut, ia menunjukkan struktur dalaman S24 Ultra kebanyakannya diperbuat daripada aluminium, manakala bingkai daripada titanium. Ujian itu mendedahkan S24 Ultra menggunakan Titanium Gred 2, berbanding iPhone 15 Pro dan Pro Max dengan Titanium Gred 5.

Untuk pengetahuan, Titanium Gred 5 lebih tahan lama dan kuat daripada Gred 2 kerana mengandungi 90% aloi titanium, 6% aluminium dan 4% vanadium. Ia juga dikatakan empat kali lebih mahal daripada Gred 2 kerana kualitinya yang lebih baik.

Dari segi pemasangan, kedua-duanya menggunakan proses yang berbeza. Apple membangunkan proses resapan solid-state tersuai yang menggabungkan aluminium secara terus dengan titanium. Sementara Samsung menggunakan proses overmolding untuk menyuntik plastik antara aluminium dan titanium, bagi ‘mengunci’ kedua-duanya seperti puzzle. 

JerryRigEverything_Apple Samsung

Selepas mencairkan plastik dan aluminium dari binaan Galaxy S24 Ultra, YouTuber itu berkata Samsung mungkin menggunakan Titanium bernilai $3-5 dalam Galaxy S24 Ultra, manakala Apple mungkin menggunakan bahan bernilai $10-15 dalam iPhone 15 Pro dan Pro Max. Kos tersebut tidak mengambil kira kos tambahan untuk membentuknya.

Secara keseluruhan, Apple dilihat menggunakan Titanium berkualiti tinggi dan lebih mahal pada kedua-dua model iPhone 15 Pro berbanding S24 Ultra.

  • Beli Galaxy S24 Ultra atau produk Samsung yang lain di Shopee: https://invl.io/clkp1xi
  • Beli Galaxy S24 Ultra atau produk Samsung yang lain di Lazada: https://invol.co/clkp1xe

Sumber: JerryRigEverything

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY