Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AppleCare+ Malaysia

Pelan AppleCare+ Tersedia Di Malaysia, Ini Harga Yang Ditawarkan

Diterbitkan Januari 23, 2024 · Dikemas kini Januari 23, 2024 oleh Amalina Athman

Menjelang pembukaan Apple Store di The Exchange TRX tidak lama lagi, Apple kini melancarkan AppleCare+ untuk pengguna di Malaysia. 

Berkaitan

  • Buat Kali Pertama Apple Tewaskan Samsung Sebagai Pengeluar Telefon Pintar Global
  • Ciri Perlindungan Peranti Dicuri Diperkenal Dalam iOS 17.3, Ini Cara Aktifkan
  • Muat Turun Sekarang Kemas Kini Terbaru iOS, iPadOS, macOS, watchOS Dan tvOS

Setiap peranti Apple dilengkapi dengan perlindungan pembaikan perkakasan selama setahun melalui limited warranty dan sehingga 90 hari sokongan teknikal percuma.

Pelan AppleCare+ Tersedia Di Malaysia, Ini Harga Yang Ditawarkan

Dengan AppleCare+, ia melanjutkan perlindungan tambahan sehingga tiga tahun dari tarikh pembelian AppleCare+ dan menambah perlindungan kerosakan dengan pembaikan tanpa had dalam tempoh tersebut. Kesemua peranti dengan AppleCare+ akan mendapat akses keutamaan 24/7 kepada pakar Apple melalui telefon atau chat di getsupport.apple.com.

iPhone

AppleCare+ iPhone

Perlindungan AppleCare+ selama 2 tahun untuk iPhone termasuk:

  • iPhone
  • Bateri
  • Kabel yang disertakan dalam kotak pembelian
  • Perlindungan insiden kerosakan tidak sengaja dengan pembaikan tanpa had, setiap satu tertakluk kepada bayaran perkhidmatan sebanyak RM139 untuk kerosakan skrin atau kaca belakang (model iPhone 12, iPhone 13, iPhone 14, iPhone 15), atau RM469 untuk kerosakan lain yang tidak disengajakan

Mac

AppleCare+ Mac

AppleCare+ untuk Mac melanjutkan perlindungan kepada 3 tahun dari tarikh pembelian AppleCare+ dan termasuk perlindungan berikut:

  • Komputer Mac
  • Bateri
  • Termasuk aksesori seperti power adapter
  • Memori Apple (RAM)
  • Apple USB SuperDrive
  • Perlindungan insiden kerosakan tidak sengaja dengan pembaikan tanpa had, setiap satu tertakluk kepada bayaran perkhidmatan sebanyak RM469 untuk kerosakan skrin atau kerosakan luaran, atau RM1,429 untuk kerosakan lain yang tidak disengajakan.

iPad

AppleCare+ iPad

AppleCare+ melanjutkan perlindungan iPad, Apple Pencil dan papan kekunci iPad berjenama Apple kepada 2 tahun dari tarikh pembelian AppleCare+. Perlindungan termasuk:

  • iPad
  • Bateri
  • Apple Pencil
  • Papan kekunci iPad berjenama Apple
  • Termasuk kabel USB dan power adapter
  • Perlindungan insiden kerosakan tidak sengaja dengan pembaikan tanpa had, setiap satu tertakluk kepada bayaran perkhidmatan sebanyak RM229 untuk iPad dan RM139 untuk Apple Pencil atau papan kekunci iPad berjenama Apple

Apple Watch

AppleCare+ Apple Watch

AppleCare+ melanjutkan perlindungan kepada 2 tahun (3 tahun untuk Apple Watch Hermès) dari tarikh pembelian AppleCare+. Perlindungan untuk Apple Watch termasuk:

  • Apple Watch
  • Bateri
  • Perlindungan insiden kerosakan tidak sengaja dengan pembaikan tanpa had, setiap satu tertakluk kepada bayaran perkhidmatan sebanyak RM329 untuk Apple Watch dan Apple Watch Nike, atau RM379 untuk Apple Watch Edition, Apple Watch Hermès dan Apple Watch Ultra.

Apple Headphone

AppleCare+ Headphone

AppleCare+ melanjutkan perlindungan kepada 2 tahun dari tarikh pembelian AppleCare+. Perlindungan untuk Apple Headphone termasuk:

  • AirPods, fon telinga Beats atau fon kepala Beats
  • Bateri
  • Termasuk kabel pengecasan
  • Perlindungan insiden kerosakan tidak sengaja dengan pembaikan tanpa had, setiap satu tertakluk kepada bayaran perkhidmatan sebanyak RM139.

Apple TV

AppleCare+ untuk Apple TV tersedia pada harga RM149 untuk lanjutan perlindungan kepada 3 tahun daripada tarikh pembelian AppleCare+. Perlindungan AppleCare+  termasuk:

  • Apple TV
  • Apple TV Remote dan kabel kuasa
  • Perlindungan insiden kerosakan tidak sengaja dengan pembaikan tanpa had, setiap satu tertakluk kepada bayaran perkhidmatan sebanyak RM69

Cara pembelian AppleCare+

1. Pembelian AppleCare+ bersama produk baharu.

2. Atau beli dalam tempoh 60 hari selepas pembelian produk Apple melalui pilihan berikut:

  • Settings > General > About > Add AppleCare+ Coverage
  • Dalam talian.
  • Panggilan 1800 803 638.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Apple.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY