Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple store malaysia 22 jun 2024

Rasmi, Apple Store Pertama Di Malaysia Akan Dibuka 22 Jun Depan

Diterbitkan Mei 29, 2024 · Dikemas kini Mei 29, 2024 oleh Amalina Athman

Setelah pelbagai desas-desus mengenainya, Apple secara rasmi hari ini mengumumkan kedai fizikal Apple Store pertama di Malaysia akan dibuka pada 22 Jun 2024, jam 10.00 pagi.

Berkaitan

  • 9 Servis Ini Dijangka Akan Ditawarkan Apabila Apple Store Malaysia Rasmi Dibuka
  • Apple Store Malaysia Kini Tawar 'Trade In', Ansuran Bulanan
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Seperti diperkatakan sebelum ini, lokasi Apple Store Malaysia terletak di L1.40 The Exchange TRX, Kuala Lumpur.

Apple The Exchange TRX

Dengan kehadiran Apple Store, Malaysia akan menjadi salah satu negara yang akan menerima pelbagai kelebihan bagi penawaran produk dan perkhidmatan Apple.

Antara yang dijangkakan termasuk jualan iPhone baharu lebih awal, jualan produk Apple terpakai atau refurbished serta lebih banyak produk Apple dan lain-lain. Sementara AppleCare+, ansuran bulanan dan trade-in sudah sedia ditawarkan sejak beberapa bulan lalu.

Apapun, nantikan pengumuman rasmi bagi segala penawaran produk dan perkhidmatan apabila Apple Store pertama di Malaysia dibuka pada bulan depan.

Sumber: Apple MY

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY