Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Terima Kelulusan SIRIM, HomePod Mini Sah Akan Masuk Malaysia

Terima Kelulusan SIRIM, HomePod Mini Sah Akan Masuk Malaysia

Diterbitkan Januari 12, 2024 · Dikemas kini Januari 12, 2024 oleh Amalina Athman

Sehingga kini, HomePod mini belum tersedia secara rasmi untuk pasaran Malaysia.

Dalam perkembangan terbaharu, penyenaraian di SIRIM memperlihat peranti audio pintar itu telah menerima kelulusan bertarikh 11 Januari 2024.

Berkaitan

  • Apple Store KL Dijadual Buka Pada Februari 2024
  • Apple Vision Pro Akan Tersedia Di Amerika Syarikat Bermula Awal Februari

Apple pertama kali mengeluarkan HomePod mini pada Oktober 2020 di Amerika Syarikat, dengan harga jualan $99 (~RM460). Ia kemudiannya diperluas di sekitar 25 pasaran yang mempunyai Apple Store.

SIRIM HomePod Mini

Untuk pasaran Malaysia, belum ada tarikh rasmi bila ia akan dibawa masuk. Namun begitu, dengan penyenaraian di SIRIM, sekali gus mengesahkan kehadiran HomePod mini untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Terima Kelulusan SIRIM, HomePod Mini Sah Akan Masuk Malaysia

Berkemungkinan besar ia akan tersedia sewaktu pelancaran Apple Store di The Exchange, TRX yang dijangka berlangsung bulan depan.

Sumber: SIRIM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY