Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Music add label AI_

YouTube Music Tambah Label Baharu Untuk Lagu Dijana AI

Diterbitkan Oktober 15, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 15, 2026 oleh Amalina Athman

YouTube Music mula memperkenalkan label baharu bagi membantu pengguna mengenal pasti lagu yang dihasilkan terutamanya menggunakan AI generatif.

Label ini akan dipaparkan terus pada halaman pemain muzik apabila pengguna mendengar lagu yang melibatkan penggunaan AI secara ketara. Apabila klik label tersebut, pengguna akan melihat menu ringkas yang memaparkan maklumat lanjut.

Menurut YouTube, label ini merangkumi lagu yang menggunakan model AI generatif untuk menghasilkan komposisi muzik dan vokal.

YouTube Music Tambah Label Baharu Untuk Lagu Dijana AI

Bagi mengenal pasti lagu yang dijana AI, YouTube bekerjasama dengan rakan kongsi muzik dan menggunakan alat pengesanan sendiri. Label ini juga menggunakan kaedah pelabelan yang sama seperti yang sudah diterapkan di YouTube.

Selain YouTube Music, label baharu ini juga akan diperluas ke aplikasi utama YouTube. Pengguna kedua-dua platform dijangka dapat melihat maklumat berkaitan penggunaan AI pada muzik yang didengari.

Maklumat lanjut mengenai garis panduan dan piawaian pendedahan boleh dirujuk menerusi Pusat Bantuan YouTube.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Syarat 'Monetize' YouTube Makin Ketat, Ini Perubahan Yang Perlu Diketahui
  • YouTube Ubah Cara Kiraan Tontonan Bermula 24 Ogos Ini
  • YouTube Kini Boleh Kunci Akaun Pada TV Dengan Kod 4 Digit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY