Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube_featured wiser

YouTube Ubah Cara Kiraan Tontonan Bermula 24 Ogos Ini

Diterbitkan Ogos 18, 2026 · Dikemas kini Ogos 18, 2026 oleh Amalina Athman

YouTube akan mengubah cara jumlah tontonan video di platformnya dikira bermula 24 Ogos 2026.

Melalui perubahan baharu ini, satu ‘view’ akan dikira (view count) sebaik sahaja sesuatu video mula dimainkan, bermula dari bingkai pertama.

Kaedah ini akan digunakan secara global untuk semua format kandungan di YouTube, termasuk video biasa, Shorts dan siaran langsung. Sebelum ini, YouTube menggunakan sistem pengiraan tontonan yang berbeza mengikut format, manakala Shorts telah terlebih dahulu menggunakan kaedah baharu ini sejak tahun lalu.

Starting 8/24, views will count the moment a video begins to play (w/ no minimum watch time) across all formats (VOD, Shorts, & Live). We’re standardizing views to reflect creators’ true exposure across YouTube, making it easier to show their value to brand partners.

This update…

— TeamYouTube (@TeamYouTube) August 17, 2026

Walaupun cara kiraan tontonan awam berubah, YouTube masih akan mengekalkan metrik “Engaged views” dalam YouTube Analytics. Metrik ini menunjukkan berapa ramai penonton yang memilih untuk terus menonton video tersebut.

Bagi pengewangan (monetize) pula, YouTube mengesahkan perubahan ini tidak akan menjejaskan pendapatan pencipta. Ia masih dikira berdasarkan ‘Engaged Shorts views’ dan ‘Engaged Watch Hours’.

Selain itu, perubahan ini juga tidak menjadikan syarat menyertai YouTube Partner Program (YPP) lebih mudah. YouTube menegaskan jam tontonan yang diperlukan untuk kelayakan YPP kekal sama.

Apa yang berubah hanyalah penamaan metrik tersebut. ‘Valid public watch hours’ akan dikenali sebagai ‘qualified watch hours’, manakala ‘valid public Shorts views’ ditukar kepada ‘qualified Shorts views’.

Jadi, walaupun jumlah tontonan pada video mungkin kelihatan meningkat lebih cepat selepas 24 Ogos 2026, angka tersebut perlu dilihat bersama metrik lain untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang prestasi tontonan.

Menurut YouTube, penyelarasan ini dibuat bagi mewujudkan kaedah pengiraan yang lebih konsisten di seluruh platform. Langkah ini juga akan memberikan pencipta gambaran yang lebih jelas mengenai keseluruhan pendedahan kandungan mereka, selain memudahkan skala dan nilai sebenar kandungan ditunjukkan kepada rakan kongsi jenama serta penaja.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Ikut Jejak Spotify, YouTube Juga Akan Tanda Kandungan Buatan AI Secara Automatik
  • Cara Baharu Mencari Video Di YouTube: Ask YouTube Jawab Soalan Seperti Manusia
  • Syarat 'Monetize' YouTube Makin Ketat, Ini Perubahan Yang Perlu Diketahui

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY