Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Lock_01

YouTube Kini Boleh Kunci Akaun Pada TV Dengan Kod 4 Digit

Diterbitkan September 11, 2026 ยท Dikemas kini September 11, 2026 oleh Amalina Athman

YouTube kini memperkenalkan ciri Account Lock untuk aplikasi YouTube pada TV, membolehkan pengguna mengunci akaun masing-masing dengan kod 4 digit.

TV pintar sering dikongsi di rumah, dan keadaan ini kadangkala menyukarkan pengguna untuk memisahkan cadangan tontonan antara akaun yang berbeza. Dengan Account Lock, cadangan peribadi, langganan dan sejarah carian bagi akaun yang dikunci kekal peribadi.

Untuk mengaktifkannya, buka aplikasi YouTube pada TV dan pilih akaun melalui menu navigasi di sebelah kiri. Kemudian, klik “Settings” di bawah akaun tersebut dan ikuti arahan pada skrin untuk mengaktifkan Account Lock serta menetapkan kod 4 digit.

YouTube Lock_01

Selepas menetapkan kod tersebut, pengguna boleh membuka kunci akaun pada TV melalui aplikasi YouTube di telefon. Pilih akaun yang dikunci pada TV, kemudian buka aplikasi YouTube di telefon dan ikut arahan yang dipaparkan. Jika pemberitahuan diaktifkan, pengguna juga akan menerima push notification bagi memudahkan proses tersebut.

YouTube menyatakan ketersediaan ciri ini mungkin berbeza mengikut peranti. Pengguna boleh merujuk Pusat Bantuan YouTube untuk mendapatkan panduan persediaan dan menyemak sama ada Account Lock tersedia pada TV masing-masing.

Pada masa sama, pengguna boleh menyemak peranti yang masih dilog masuk dengan Akaun Google melalui google.com/devices. Sekiranya terlupa log keluar daripada sesuatu peranti atau terdapat peranti yang tidak dikenali, pengguna juga boleh log keluar peranti tersebut dari jauh.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Pengguna YouTube Kini Boleh Kongsi Video Ikut 'Timestamp' Di Telefon Pintar
  • YouTube Premium Lite Kini Ditawarkan Di Malaysia, Harga RM12.90/Bulan
  • Syarat 'Monetize' YouTube Makin Ketat, Ini Perubahan Yang Perlu Diketahui
  • YouTube Ubah Cara Kiraan Tontonan Bermula 24 Ogos Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY