Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Design_wisermy_1

Syarat ‘Monetize’ YouTube Makin Ketat, Ini Perubahan Yang Perlu Diketahui

Diterbitkan Ogos 11, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 11, 2026 oleh Amalina Athman

YouTube bakal membuat perubahan besar terhadap cara pencipta kandungan menjana pendapatan menerusi YouTube Partner Program (YPP), termasuk menetapkan syarat minimum baharu bagi perkongsian hasil Shorts serta meningkatkan syarat kemasukan untuk pencipta baharu.

Perubahan tersebut akan mula berkuat kuasa pada 1 Februari 2027, dengan YouTube menyifatkannya sebagai kemas kini besar pertama terhadap YPP sejak 2018.

Syarat ‘Monetize’ YouTube Makin Ketat, Ini Perubahan Yang Perlu Diketahui

Pencipta Sedia Ada Perlu Capai 10 Juta Tontonan Shorts

Bagi pencipta yang sudah berada dalam YPP, perubahan paling ketara melibatkan YouTube Shorts. Mulai tarikh tersebut, pencipta perlu memperoleh sekurang-kurangnya 10 juta tontonan Shorts yang layak dalam tempoh 90 hari terakhir untuk menerima perkongsian hasil daripada iklan dan langganan di Shorts.

Sekiranya jumlah tontonan di bawah ambang tersebut, pencipta tidak akan dikeluarkan daripada YPP. Sebaliknya, mereka masih boleh terus memperoleh pendapatan daripada video berdurasi panjang, manakala perkongsian hasil Shorts akan disambung semula secara automatik sebaik sahaja jumlah tontonan kembali melepasi 10 juta.

Syarat YPP Untuk Pencipta Baharu Turut Dinaikkan

Dalam pada itu, YouTube turut menaikkan syarat kemasukan YPP bagi pencipta baharu yang mahu menikmati perkongsian hasil daripada iklan dan Premium.

Ketika ini, pencipta baharu perlu mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 pelanggan dan mengumpulkan 4,000 jam tontonan dalam tempoh 12 bulan, atau mencapai 10 juta tontonan Shorts dalam tempoh 90 hari untuk melayakkan diri ke peringkat YPP yang menawarkan perkongsian hasil.

Syarat ‘Monetize’ YouTube Makin Ketat, Ini Perubahan Yang Perlu Diketahui

Mulai 1 Februari 2027, pencipta baharu perlu mengumpulkan 8,000 jam tontonan yang layak dalam tempoh 365 hari terakhir, atau mencapai 20 juta tontonan Shorts yang layak dalam tempoh 90 hari terakhir.

Syarat baharu ini hanya terpakai kepada pencipta baharu yang memohon YPP dan tidak menjejaskan pencipta yang sudah berada dalam program tersebut. Ambang kemasukan untuk ciri Fan Funding dan shopping pula kekal tidak berubah.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • YouTube Premium Lite Kini Ditawarkan Di Malaysia, Harga RM12.90/Bulan
  • Cara Baharu Mencari Video Di YouTube: Ask YouTube Jawab Soalan Seperti Manusia
  • 2 Cara Mudah Sekat Iklan YouTube Di Pelayar Web

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY